salji

Monday 30 March 2015

Boyfriend Aku K Idol PART 2

# HyeSun POV #
Aku masih tidak percaya dengan kejadian tadi. Macam mana dia boleh muncul balik depan aku!?
"HyeSun-shii!! kau okay!?" tanya Suzy.
"Hahh!? a.. aku okay je." kata aku yang baru tersedar dari lamunan.
"Aku tengok kau macam tak sihat je." Kata ShinHye tanpa menoleh ke arah HyeSun kerana sedang memandu.
"Aku okay je. tak payah risau." aku hanya meyakinkan 2 sahabat aku itu.
"Tapi, sejak kat airport tadi aku nampak kau lain. macam ada sorokkan sesuatu." kata Suzy.
Nampak seperti dia tidak puas hati dengan alasan yang aku bagi.
Kini kami tiba di tempat konsert berlangsung. Aku berjalan lemah dibelakang sahabat-2 aku yang sudah bersemangat ingin melihat persembahan dari group kegemaran mereka.
Aku masih tidak faham dengan keadaan diri aku yang sekarang. 'adakah dia masih cam aku? atau sudah buang aku jauh-2 dari hidup dia?' haishhhh... hanya keluhan yang mampu menjawab pertanyaan di otak aku ni.
# Xiumin POV #
Kini aku sudah bergelar Idol. adakah dia masih ingat aku lagi? ingat detik-2 itu? haishhhhh..
"Hyung! kenape ni? sejak dari kat airport tadi Hyung macam ni." tegur Chen.
"tu lah! asek termenung je." kata Sehun.
"Ni mesti pasal perempuan tu kan!?" kata Luhan yang entah dari mana datangnya. tiba-2 saja ada dekat sebelah aku. tapi~ PEREMPUAN!!? dia nampak ke?
"Ehh!! hyung okay je~" bohong ku. "Yah Luhannie!! perempuan mane ni?"tanya aku. ekspresi muka terpaksa di serious kan. tak nak member lain syak sesuatu.
"Waeyo hyung? dah jatuh hati ke?" tanya Tao.
"Yahh!! ni lagi sorang." kata aku. Tao hanya senyum menampakkan barisan giginya.
"Hyung, nah! aku belanja." Suho menghulurkan satu bekas yang berisi pau kepada aku. Haishhh~ macam tau-2 je aku mengidam Pau.

*******   9 Tahun terdahulu ********
# HyeSun POV #
"HyeSun-ahh! jangan lah cepat sangat." Jerit Xiumin yang ketinggalan di belakang. Aku terus berlari kerana hari ini adalah hari yang sangat aku tunggu. kami akan sambut anniversary kami yang ke 2. Sejak Xiumin berpindah setahun yang lalu, kami sudah jarang berjumpa.
"Umin-shii, palliwa~" aku melambai-2kan tangan ke arah xiumin yang berlari ke arah aku.
"Yahh! tunggulah." jerit Xiumin temengah-2. Aku hanya mampu tergelak melihat keadaan Xiumin yang kepenatan apabilah tiba di hadapan aku. "Ni yang Umin paling tak suka. asik kena tinggal dekat belakang je." omel Xiumin.
"Alololo~ mianhae Umin-shii." aku masih dengan sisa tawa melihat Xiumin yang sdang kepenatan di sebelah. "Nah! air ni khas dari Min Hye Sun kepada Kim Min Seok. lengkap dengan rasa sayang, kasih, cinta, dan segala-galanya." aku menghulurkan sebotol air yang baru dibuka ke arah Xiumin.
"Auwwww.. gomawo babe." senyum Xiumin.
"nae~ cheomanaeyo." balas ku dengan senyuman yang paling.. paling... paling.... manis buat Xiumin.
Kami sudah menyediakan aktiviti dari selepas sekolah sehingga esok hari kerana esok adalah hari minggu. pelbagai aktiviti yang kami jalankan sehingga tepat jam 12 tengah malam dan kami berjanji untuk pergi menonton wayang. 
**** SKIP **** keesokkan harinya ****
Kami meneruskan aktiviti pagi ini dengan pergi ke theme park. semua permainan yang ada termasuklah rumah hantu.
"HyeSun-ahh. perlu ke masuk sini?" tanya Xiumin
"Nae! mesti masuk! laa hai. kenape pucat ni?" tanya aku. Aku memegang pipi Xiumin yang chubby. "Takkan takut kot? tak manly langsung!" aku cubit geram pipi milik Xiumin.
"Auchh!" Xiumin terjerit kecil. "Yahh! HyeSun-shii!"
"Tengok macam HyeSun. tak takut tau!" kata aku dengan bangganya.
"Jom masuk!" Xiumin menarik tangan aku dan terus masuk ke dalam rumah hantu tersebut. *bayangkkan macam Sehun and Tao time masuk rumah hantu dalam EXO's Showtime ep10* 
# Xiumin POV # 
"ahahahahaha.....!" aku hanya mampu gelak melihat wajah pucat milik HyeSun. "tadi siapa yang berlagak sangat? siapa yang manly sekarang ni?" provok aku. 
"Umin-shii~" panggil HyeSun yang masih ketakutan. Dia duduk bercangkung sambil menarik lengan baju milik aku.
"Waeyo?" tanya aku tanpa memandang wajah milik HyeSun. Tiba-2 aku terdengar tangisan kecil dari perempuan disebelah aku ni. "Laa... ni anak siapa yang menangis ni?" tanya aku sambil duduk bercangkung meghadap HyeSun. "HyeSun-ah. waeyo? siapa yang buat sayang Umin ni?" tanya aku risau.
"Umin-shii.. HyeSun dah tak nak masuk rumah hantu tu lagi." rengek HyeSun. Aku memandang kesian. Hanya mampu menahan gelak. karang kalau gelak, mau merajuk si dia.
"Dah. tak nak menangis macam ni." pujuk aku. Aku mengambil sapu tangan yang berada di dalam poket belakang seluar jin dan mengelap air mata HyeSun.
**** SKIP ****
# HyeSun POV #
Pada petang itu, kami hanya berjalan-2 di taman berdekatan rumah aku kerana Xiumin asik menolak untuk pergi ke taman yang jauh. katanya, nanti dia takkan risau jika aku balik bersendirian. Kami bergurau senda, berlari-2 dan lama kelamaan~ keadaan menjadi sunyi. masing-2 melayan perasaan
"Umin! HyeSun nak balik ni." kata aku memecah sunyi.
"Ermm?" Xiumin mengeling ke arah menara jam di hadapan bangku yang kami duduk. "Nae. hati-2 tau." kata Xiumin lalu memeluk aku. "promise me! jangan sesekali main kayu tiga dekat belakang Umin! Umin akan tau jugak nanti."
"Nae arasso~ promise" aku berjalan mengundur kebelakang sambil melambai-2 ke arah Xiumin. "Take care Umin-shii! I'll miss you." jerit aku.
tanpa diduga, aku tersalah langkah. Akhirnya aku terjatuh di atas jalan raya dan saat itu sebuah kereta sedang meluncur laju ke arah aku, Bunyi hon kereta itu membingitkan telinga. saat itu aku tidak dapat berfikir apa-2 melainkan mati. 
"HyeSun-ah!!!!!!" terdengar jeritan dari Xiumin yang sedang berlari ke arah aku. Dan selepas itu aku tidak menyedarkan diri.

**********  TBC *********

Boyfriend Aku K Idol PART 1

# no one Pov #
Kriinnnggggg..... Krinnnggggg.... *bunyi jam loceng* Pintu bilik Hye Sun erkuak dari luar. Tiba-tiba Suzy dan Shin Hye meluru masuk tanpa pamitan dari Hye Sun yang masih dibuai mimpi.
"HyeSun!! bangun lah.. kau dah janji nak teman kitirang kan!!" kejut Suzy. HyeSun masih tidak berganjak dari tidurnya.
"Yah!! jangan lah macam ni. kau dah janji semalam nak teman." jerit ShinHye sambil menggoncang perlahan bahu HyeSun.
"Waeyo~? aku mengantuk ni." kata HyeSun. Terasa matanya masih tidak boleh dibuka.
"Kau jangan nak mengada! cepatlah bangun." Suzy memaksa HyeSun bangun. "Membazir tau tak kalau kau tak pergi. Dah la ShinHye beli tiket VVIP!!" Kata Suzy lagi.
"Huishhh~ tau pulak membazir. Dah tu kenapa beli jugak!?" Tegur HyeSun.
# HyeSun POV #
Huaagggrrrrhhhhh~ aku menggeliat sambil menahan nguap. Kacau je diorang nih! habis lenyap mimpi indah aku.
"Ish korang nih!! sabar boleh tak!? diorang takkan lari lah." marah aku dan terus berlalu ke dalam bilik air.
"Cepat sikit mandi tu!" jerit ShinHye.
Setelah 30minit, aku keluar dari tandas siap dengan pakaian yang akan aku pakai ke konsert tersebut.
Suzy dan ShinHye terkejut dengan pemakaian aku.
"Kenapa pandang aku macam tu!?" tanya aku pelik.
"Yahh!! asal kau pakai baju macam ni!? tak fashionista langsung!" marah ShinHye.
"So what!? okay apa pakai t-shirt and jeans je." kata aku.
"Kau punya pakaian dalam almari tu punyalah banyak yang cantik-2! tapi kenape kau pilih baju ni jugak!?" Tanya Suzy tidak percaya.
# Suzy POV #
"Kau punya pakaian dalam almari tu punyalah banyak yang cantik-2! tapi kenapa kau pilih baju ni jugak!?" tanya aku.
Hishh! tak percaya langsung perempuan macam HyeSun yang mementingkan kebersihan dan kecantikan fizikal boleh pilih pakaian yang boleh dijadikan kain buruk dekat dapur.
"Kalau taknak sudah, aku tak payah pergi." Kata HyeSun malas.
Aku berlalu ke almari milik HyeSun dan memilih pakaian yang lebih cantik bila dipandang.
"Aku tak kira, kau salin jugak baju tu!" kata ShinHye apabila lama berdiam diri.
Aku menghulurkan dress atas lutut berwarna putih bercorak pink dan kuning lembut bersama seluar legging berwarna pink.
# ShinHye POV #
Aku terpaksa menolak tubuh langsing milik HyeSun ke dalam tandas selepas dia mencapai dress yang dihulur oleh Suzy tadi.
"HyeSun-shii!! dah ke belum? cepat sikit!" jerit aku.
HyeSun keluar dari tandas selepas 10 minit.
"Hahh!! ni barulah HyeSun yang kami kenal." Kata Suzy.
"Dah!! jom pergi. nanti tak dapat jumpa oppa aku." Kata ShinHye dengan semangat.
@ Incheon Airport
# HyeSun POV #
'Haishhhh~ kalau bukan sebab kawan, aku taknak buang masa menunggu artis dengan keadaan macam nih!'
Aku hanya mampu mengeluh apabila melihat peminat-2 yang sanggup menunggu, berhimpit-2 dan bising dengan jeritan-2 sana sini.
"Suzy, aku pergi toilet kejap. nanti jumpa kat luar je. panas lah dekat sini!" kata aku dan terus beredar dari tempat yang banjir dengan peminat.
# no one POV #
Jeritan dari peminat-2 makin kuat apabila mereka terlihat kelibat member EXO yang baru turun dari tangga bergerak.
"arghhhh EXO!! saranghae~" jerit peminat mereka termasuklah Suzy dan ShinHye.
Member EXO hanya menghadiahkan senyuman yang paling manis buat peminat-2 mereka.
"Lulu! aku nak pergi tandas sekejap." kata Xiumin.
"Aku follow!" bisik Luhan.
"Hyung! aku nak follow jugak!" kata Kyungsoo lalu menarik tangan Kai.
Xiumin, Luhan, Kyungsoo dan Kai berjalan beriringan di laluan ke arah tandas.
Jeritan peminat yang berdiri di laluan tersebut semakin kuat. Xiumin, Luhan, Kyungsoo dan Kai hanya mampu menghadiahkan senyuman manis buat mereka.
# HyeSun POV #
Selesai sahaja membuang hajat, aku berdiri di hadapan cermin dan membetulkan rambut yang sudah tidak terurus. Aku memakai sedikit bedak dan lips balm yang tersedia di dalam bag galas. Aku terdengar jeritan yang sayup-2 tadi semakin kuat di luar tandas.
Setelah siap , aku terus berlalu keluar dari tandas sambil memegang phone untuk mendail nombor Suzy. Tiba-2....
'Arghhh!! nasib aku tak baik hari ni!! malulah aku!' gumamku. Aku tersepak batang mop yang berada di sebelah pintu dan .....
Aku merasakan yang aku sedang memeluk seseorang dan bahu aku dipegang. terdengar jeritan semakin kuat.
"gwaenchanha miss?" tanya si dia lembut
Aku segera mendongak mencari wajah si dia yang aku peluk sekarang.
'Mwoo!?? Kim Minseok a.k.a Xiumin!' jerit aku dalam hati.
Mata kami bersatu dan aku segera melepaskan pelukan tersebut.
# Xiumin POV #
Aku dan Luhan berjalan pantas ke arah tandas. Tiba-2 seseorang yang baru keluar dari tandas wanita tersadung dan terpeluk aku.
"Gwaenchanha miss?" tanya aku dengan suara yang paling lembut.
Dia mendongak memandang aku dan ternyata dia !!!!
**** Flashback * 10 tahun dahulu****
Xiumin dan HyeSun adalah pasangan yang paling popular sewaktu di sekolah. mereka seringkali mendapat award 'Couple of the year' sewaktu majlis makan malam di sekolah mereka.
Tetapi, sejak kejadian hari tu....
"Umin-shii! Tunggulah!?" HyeSun berlari mendapatkan Xiumin yang sudah mendahului di hadapan. Keadaan sewaktu itu hujan dengan lebat. mereka saja tidak menggunakan payung kerana pada hari itu kedua-2 mereka telah mendapat keputusan yang cemerlang dan ingin meraikannya.
"HyeSun-ah, Umin nak cakap something dengan babe. Please jangan sedih kalau dengar okay." Xiumin cuba kuatkan semangatnya untuk memberitahu perkara sebenar.
"Waeyo Umin-shii?" Tanya HyeSun sambil bermain air.
"Umin akan berpindah sekolah. dan mungkin Umin tak akan kembali dekat sini lagi." terang Xiumin.
Pergerakan HyeSun berhenti secara tiba-2. Dia memandang Xiumin dengan pandangan yang kosong.
**** End of Flashback ****
"Hyung!! palli." Tegur Kai.
Aku terus membetulkan kedudukan. "Nae. hyung datang."
"Gwaenchanha?" tanya aku kembali.
"Nae. jeosonghamnida." Dia meminta maaf dan terus berlalu dari situ.
# HyeSun POV #
Aku terus beredar selepas meminta maaf. Aku tak sanggup berhadapan dengan dia lagi. Kenape aku perlu jumpa dia lagi selepas 9 tahun!??
Air mata aku terus mengalir tanpa diminta. Ingatan 9 tahun lepas kembali berlegar dalam kepala.
>> To Be Continued <<
Apa yang terjadi 9 tahun lepas? Tunggu part akan datang!

New Fanfiction !!



New FF !! BOYFRIEND AKU K IDOL hasil imaginasi Lia beberapa bulan yang lalu. Akhirnya sudah menjumpai penghujungnya. dengan ini Lia dengan senang hati tulis kat sini yg Lia akan publish kat sini..

Walau ceritanya agak melalut, hope semua suka dengan hasil karya Lia yang tak seberapa ni. Part 1 bakal menemui kalian selepas entry ni di publish.......

Friday 14 March 2014

My new chingu~ ^.^


Assalamualaikum, annyeonghaseyo, salam sejahtera..

Dah lama tak bukak blog nih!! rasenye kalau blog ni 3D, mesti dah berhabuk.. :3 BTW sepanjang tahun ni, Lia ade jumpe kawan-2 kpopers yang minat EXO macam Lia.. So kitorang buatlah group 'exotic' dekat wechat..
Tibe-2 salah sorang dalam group 'exotic' dapat idea untuk buat group khas untuk 12 member yang active n menyanyi (acah macam uji bakat gitu) dalam group wechat tu.. Now nama group kami 'Da Melodies' n Lia dah buat FF untuk group tersebut.. Yang best nye, setiap member ada pasangan masing-2 dalam EXO..

Lepas ni nak update pasal member-2 dalam 'Da Melodies' dan selepas tu boleh la post FF pasal kami.. :D

Ni senarai nama dan position kami dalam 'Da Melodies'

  • ALIA
  • LEEYFAA
  • SYIFAA
  • TIKA
  • ANIS
  • SHIKIN
  • LOVELY
  • SONGNEUL
  • DZARIFAH
  • ESHA
  • SYABRINA
  • NATASHA


N this is our Logo :~








Terakhir, My FF cover~ XD



orait.. sampai sini sahaja perkongsian Lia.. kalau nak baca FF 'Da Melodies' , tunggu update dari Lia..
Sekian.. Assalamualaikum..
Sayonara~