salji

Friday, 10 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul..

Assalamualaikum..

Hollaaa.. hmm, slaen Lia post Cerpen kat sni, Lia nk gak cite aktiviti yg Lia bwat kat luar.. ari ni kat skola Lia ad Sambutan Maulidur Rasul. taon ni nye smbutan bleh dktekan best la drii taon2 sbelom nye.. tpi yg x best nye Lia nye Best Fwen x de da (NUR ELISA NAJWANI)..
pic yg ktorg ambik time da nk g berarak..

ni pic time Lia, Mza n Lisa g braye kat umah kengkawan..

sedeh gak r time ingat blik wktu dy kat sni.. :'(  . Okey, ni lak pic time ktorang ngah psing 1 skola..




hmmm.. lpas berarak 1 skola kami smue g rehat kat kantin.. Lia ad bwak kuih, nme kuih 2 'Kuih Koci'. bleh dktekan smue kwan Lia ske mkn kuih 2.. nak tau cmne bntuk kuih 2? kat bwah ni Lia ad srtakan pic dy..

ni la nme nye KUIH KOCI



ni pic time kwan Lia, Izlin tngah mkan KUIH KOCI 2.


nil lak pic yg ktorg smpat ambik dkat ngan koperasi n p'jlanan nk g dewan..




lpas 2 Lia n kengkwan tros msok dewan.. Ktorang bkan nye dnga pon ap yg ckgu n pncramah ckp kat dpan 2.. ktorg sbok bce mjalah yg Lia bwak dri umah..



ni la mjalah nye mjalah KLIK n ePOP.. hahaha.. tpi ad gak yg Lia catat kat dlm bku nota..

ni nota yg Lia n Miza bwat.. nota psal Nabi Muhammad n ank2 nye..


hmm.. ni plak pic ckgu2 Lia kat skola..

ni pic gru klas Lia yg t'syang, Pn Rosni..
pic UST Amir, ustaz yg pling klaka, tgas n grang kat skola

ni lak pic Ustazah Zainah.. ustazah yg pling cute kat skola..

hmm.. okey la, Lia da x tau nk citer psal pe lgi.. tpi yg pnting Cerpen yg Lia bwat dlm pmbikinan.. sory klo Lia lmbat post Cerpen sterus nye, Lia sbok la taon ni sbb Lia nk PMR.. ummi Lia x bgi Lia tmpu sngat kat Cerpen.. dy sroh Lia tumpukan plajaran.. ni je yg Lia mmpu tlis..

Assalamualaikum..

Thursday, 2 February 2012

Cerpen Oh! Cerpen

cerpen yg ke 3 n 4 dlm proses penyiapan.. hmm.. mnkin dlm mnggu dpan Lia post la kat sni..  n,n

Wednesday, 1 February 2012

CINTA TAK KENAL SIAPA


      ASSALAMUALAIKUM..

hmm.. ni cerpen yg p'tame yg Lia buat.. cube lah bce.. klo x best sory aeh.. hehe~

***SELAMAT MEMBACE***

   
          “Mak, Izah dapat biasiswa dari Sekolah Menengah Seri Arjuna..” kata Firzah Natasya kepada ibunya yang sedang menyapu di halaman rumah.”Apa ni Izah, jerit-jerit.. Mak tak pekak lagi lah..” kata ibunya. “hihi.. tak mak Izah tengah seronok ni.. Izah dapat surat dari Sekolah Menengah Seri Arjuna.. Isi surat nye mengatakan yang Izah dapat sekolah kat situ dan Izah dapat biasiswa jugak..”kata Izah dalam keadaan termengah-mengah di hadapan ibunya. “Alhamdulillah.. Ya Allah, terima kasih atas segala rezeki yang telah kau berikan kepada keluarga kami ini..Bila boleh kamu pergi mendaftar kat sekolah tu??”Tanya ibunya. “Diorang tulis kat sini yang Izah boleh masuk sekolah tu minggu depan..”Sekolah Menengah Seri Arjuna merupakan sekolah yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari keluarga-keluarga orang yang berada.
          “Rul.. Rul.. Fazrul.. Cepatlah.. Dah lambat nak pergi sekolah ni..Ni kan hari pertama kamu masuk sekolah balik..” Bebel Tengku Ruby. “Ala ma.. Tak pe lah nak pergi lambat-lambat pon.. Tukan sekolah papa jugak”kata Fazrul sambil turun tangga.. “Yelah.. Ikut suka hati kamu lah”kata ibunya
          Dalam perjalanan Izah ke sekolah bersama ayahnya dengan menaiki motor..  ‘Di traffic light’ sebuah kenderaan sport berhenti di sebelah motor yang dibawa oleh ayahnya.. Izah melihat seorang pemuda didalamnya sedang minum minuman didalam tin dan terus buang tin kosong itu, dan terkena kepala ayahnya.Izah dalam keadaan marah.. Turun dari motor ayahnya dan memarahi pemuda tersebut..”Woi.. kau dah minum air ni tak boleh ke kau buang dalam tong sampah?? Kau ingat kepala ayah aku ni ape??” ”kepala ayah kau memang patut pon kene tin ni . Kan kepala ayah kau tu tong sampah. hahaha” kata Fazrul. “dah lah Izah.. orang kaya macam dia tu bukan tau sopan santun pon.. dah lah.. kite dah lambat nak pergi sekolah kamu ni..” kata ayahnya mengingatkan Izah.
          Izah tiba lambat di hari pertamanya di Sekolah Menengah Seri Arjuna.. Setibanya dia di lobi sekolah.. ‘Gedebuk..’Dia telah terlanggar seorang senior perempuan yang bernama Herlina.. “Aduh.. Woi kau tak nampak aku ke ??  Dah buta ?? Kau tu junior..  jangan nak kurang ajar sangatlah dengan Senior..” Marah Herlina. “Eh.. die yang langgar kite.. die marah kte pulak.. wei! Kau yang langgar aku, kau nak marah aku pulak??” lawan Izzah..
          Sesampai saja Izah di tempat pelajar-pelajar baru berkumpul, dia telah berjumpa lagi dengan Herlina.. Dalam keadaan marah Herlina berkata ”ohh.. budak junior yang kurang ajar kat senior rupanya.. kenape kau lambat?? Kau berlutut kat depan aku sekarang” dalam keadaan terpaksa Izah berlutut juga..

          Di lobi sekolah terdapat 7 orang pemuda yang merupakan anak pemilik dan pemegang saham yang terbesar di sekolah itu dan pelajar tingkatan 5 yang sangat terkenal di sekolah itu.. Seorang pemuda bernama Daniel.. Daniel merupakan seorang playboy yang terkenal di sekolah itu.. Pemuda kedua bernama Izwan, dia merupakan pemuda yang sangat menyukai permainan PSP dan kawan baik kepada Arsyad dan E-one.. Irsyad dan Arsyad merupakan kembar yang suka menari dan tidak sehaluan, tetapi tidak suka bergaduh.. Irsyad berkawan baik dengan Daniel.. Arsyad pula tidak rapat dengan Daniel mungkin disebabkan oleh perilaku mereka yang suka menyakat pelajar perempuan.. Seorang  lagi bernama Rizal.. Rizal tidak sama dengan kawannya yang lain. Dia seorang yang cool dan suka membaca buku.. E-one pula merupakan pemuda yang berkaca mata dan seorang yang suka menyelesaikan masalah ahli kumpulan mereka.Dan seorang lagi Fazrul. Dia merupakan seorang pemuda yang sangat belagak dan merupakan ketua kumpulan Boy Band..
          Di tempat pelajar baru dikumpulkan, seorang senior sedang memberi taklimat tentang disiplin sekolah dan lain-lain lagi.. Setibanya Kumpulan Boy Band di situ, Fazrul terus menolak senior itu dan mengambil microphone dari tangan senior tersebut untuk memberitahu tentang peraturan ahli kumpulan mereka pula.. “Peraturan disiplin sekolah ni korang boleh baca kemudian dekat dalam buku disiplin.. Sekarang ni aku nak bagitahu tentang peraturan kumpulan kami pula. Pertama, korang tak boleh jalan di depan tempat kami selalu lepak. Kedua, jangan belagak yang korang ni hot sangat kat sekolah ni..Ketiga…” “Kenapa dengan diorang ni Akmal?? Diaorang ni sape sampai nak buat peraturan sendiri? ” kata Izah. “Hei, kau tak tau ke yang diorang ni anak pemilik dan pemegang saham terbesar di sekolah ni??” kata Akmal.. “Ouh yeke..  aku tak tahu pula..” kata Izah pula. “Woi, korang cakap ape hah?? Aku tengah cakap kat sini korang boleh berbual kat situ pulak..” marah Fazrul.
          Izah dan Akmal telah didenda oleh Fazrul dan ahli kumpulan yang lain.. “Hei, kau yang baling tin kat kepala ayah aku kan..”  Tanya Izah kepada Fazrul. “orang ni ke yang nak jadi ketua kat sekolah ni?? Dah lah tak ada adab dengan orang tua.. Orang ni ke yang nak diberi contoh kat semua pelajar??” kata Izah lagi. “Woi! Kau sape nak marah-marah aku camni hah?? Kau tak kenal aku sape ke??” marah Fazrul. “Rul, saya dah cek latar belakang perempuan ni dan dia ni sebenarnya seorang budak kampung yang telah mendapat biasiswa dari sekolah ini dan namanya ialah Nur Farizah Bt Abdullah.. Pelajar kelas 4sains1.” kata Herlina. “Ouh.. budak biasiswa rupanya. Wei kalau aku cakap kat ayah aku suruh tarik balik biasiswa tu kau takkan ade lagi kat sekolah ni lagi tau..” kata Fazrul.

                     
          “Berani budak perempuan tu marah aku depan pelajar-pelajar sekolah tu tau.. ni baru first time aku dimalukan oleh budak junior..”kata Fazrul kepada ahli kumpulan Boy Band.. “Hahahahaha…”  Fazrul diketawakan oleh ahli kumpulan itu kecuali Rizal yang sedang membaca buku.. “ape yang aku boleh buat tuk malukan dia macam mana dia dah malukan aku tadi??”Tanya Fazrul. “senang je.. kau pura-pura baik dengan budak tu,, tak silap aku namanya Izah kan..” kata Daniel kepada Fazrul.. “Taknak aku.. buat ape aku nak mempermainkan dia?? Buang mase aku je…”kata Fazrul lagi. “ape ni kawan.. takkan dengan perempuan pon kau nak takut..”kata Irsyad pula. “Ok, aku pertaruhkan kereta aku untuk cabaran ini.. Kalau aku tak boleh dapatkan Izah dalam masa seminggu kereta aku korang boleh ambil.Tapi kalau aku boleh dapatkan Izah dalam masa seminggu apa yang aku dapat dari korang??” Kata Fazrul dengan angkuhnya. “Aku akan berikan kereta aku pada kau, kalau kau boleh mendapatkan Izah pada malam penerimaan pelajar baru.”kata Rizal.

          Bermacam-macam cubaan yang dilakukan oleh Fazrul untuk mendapatkan Izah. Contohnya ialah dengan mengupah orang untuk belakon mengacau Izah dan di selamatkan oleh Fazrul, menghantar bunga kepada Izah menemani Izah ke kedai buku yang tidak mungkin dijejaki oleh Fazrul dan bermacam lagi. Dan akhirnya Izah menerima Fazrul sebagai sahabatnya.. Tanpa disedari Fazrul, dia telah jatuh cinta dengan Izah.
          Pada suatu malam, Fazrul mengajak Izah di satu restoran yang ekslusif dan melamar Izah untuk menjadi kekasihnya. Akhirnya pada malam penerimaan pelajar baru, Izah telah membuat satu persembahan khas untuk Fazrul untuk mengatakan dia menerima lamaran Fazrul untuk menjadi kekasihnya.
          “tahniah kawan, kau dah dapat menyelesaikan cabaran yang dibuat” kata Daniel sambil memberi kunci kereta Rizal di hadapan  Izah, Fazrul telah menjadi serba salah untuk menerima kunci kereta tersebut. Izah yang telah mendengar percakapan Daniel telah tergamam. Lalu Herlina datang dan berbisik kepada Izah “Kau ingat Fazrul nak sangat ke dengan kau ni?? Dah lah perempuan kampung. Tak sedar diri pula tu.” “Dengar ni kawan-kawan, ade budak kampung berangan nak kapel dengan Fazrul.. hahaha” Kata Herlina di hadapan pelajar sekolah. Izah yang mendengar ketawa Herlina dan pelajar-pelajar sekolah itu terus berlari meninggalkan pentas dah majlis tersebut.
          Izah menangis teresak-esak di luar tempat majis itu berlangsung. Rizal yang melihat Izah teresak-esak menangis menghulurkan sapu tangan miliknya kepada Izah untuk mengelap air matanya. “Kenapa dia sanggup memalukan aku di depan pelajar-pelajar?? Kenapa??” Tanya Izah. Rizal tidak menjawab pertanyaan itu..
          Sejak kejadian tersebut Rizal telah bersahabat dengan Izah. Persahabatan mereka menjadi akrab apabila Rizal mempunyai hobi yang sama dengan Izah iaitu membaca buku. Mereka selalu pergi ke kedai buku untuk membeli buku yang disukai. Keakraban Rizal dengan Izah telah menyebabkan Rizal tidak selalu membuat latihan nyayian dengan ahli kumpulan Boy band.
          ‘kenapa aku jadi marah bila Izah dekat denagn Rizal?? Kenapa aku jeles bila tengok Izah jalan dengan Rizal?? Kenapa aku jadi camni??’ Tanya Fazrul di dalam hati. E-one dan Arsyad yang telah menyedari perubahan Fazrul telah bertanya kepadanya “yo Bro, kenapa dengan kau ni?? Sejak akhir-akhir ni aku nampak kau selalu mengelamun.. apa kes Bro??” Tanya E-one. “Entah-entah Fazrul dah ada hati dengan si Izah kot…. Hahaha..” kata Arsyad pula. Ahli lain yang mendengar Arsyad cakap terus tergelak.. “Woi, diamlah. Mana ada aku suka kat si Izah tu.. Dahlah dia tu selalu menyakitkan hati aku..” kata Fazrul menidakkan kata ahli kumpulannya. “ceh.. ceh.. ceh… jangan nak tipu akulah.. sekarang ni aku selalu nampak mood kau berubah bila kau nampak Izah dengan Rizal bersama..” Irsyad menambah lagi..  “kahkahkahkah” ketawa ahli kumpulan Boy Band.. “Kalau kau dah mula jatuh cinta kat dia.. baik kau terus terang kat dia yang kau dah suke kat dia” nasihat Izwan.
          ‘Mungkin ada benarnya cakap ahli kumpulan aku tu.. aku mesti luahkan perasaan aku pada Izah secepat mungkin sebelum Rizal meluahkan perasaannya..’ kata Fazrul dalam hati.

          Hari ini adalah hari yang sangat bedebar bagi Fazrul. Dia ingin meluahkan perasaannya pada Izah.. Fazrul buntu apa yang patut dia beritahu pada Izah. ‘Izah aku suka kau..’, ‘Izah sebenarnya aku suka kat kau.. aku mula suka kau waktu aku terima cabaran kawan-kawan aku untuk buat kau jatu cinta kat aku..’ “Ish.. ape yang aku nak cakap kat dia ni?” keluh Fazrul. Akhirnya dia mendapat idea untuk berterus terang kat semua pelajar. Izah yang berada di lobi terkejut apabila tiba-tiba Fazrul datang padanya dan memanjat bangku di sebelahnya. “Izah.. Aku penipu. Aku menipu diri aku sendiri yang aku benci kau tapi sebenarnya aku suka kau.. Aku cintakan kau..” luah Fazrul tanpa segan silu. Semua pelajar memandang kearah mereka berdua.. “ apa?? Tak aku tak boleh terima kau.. kita tak sama taraf.. Keluarga kau  kaya..  Keluarga aku pulak miskin.. kita tak setaraf…” kata Izah lalu meninggalkan Fazrul.. “Aku tak kisah kita sama taraf ke tidak.. yang penting aku sayang kau.. tu yang paling penting..”jerit Fazrul.
          Sepanjang persahabatan Rizal dan Izah ,wujud satu perasaan aneh yang mula timbul dalam diri Rizal. ‘aku tak boleh sukakan Izah. Izah suka Fazrul bukan aku. Tapi Izah perlu tahu perasaan aku padanya.. mungkin dengan cara ini aku boleh tahu perasaannya pada aku pula.. ’ Kata Rizal di dalam hati. Lalu Rizal mengajak Izah untuk  makan malam bersamanya di sebuah restoran eksklusif untuk meluahkan perasaannya.. Setibanya di situ, Rizal mengajak Izah duduk di hujung penjuru restoran itu. “Riz kenapa ajak Izah datang restoran yang mahal-mahal?? Kan boleh kalau kite makan dekat restoran biasa je..” kata Izah. “Tak pe lah.. Lagipun Riz yang ajak Izah datang sini kan.. Izah pesan je apa yang Izah nak makan, Riz boleh bayar..” kata Rizal. “Izah, sebenarnya Riz ajak Izah ke sini sebab ada hal yang Riz nak cakap dengan Izah..” kata Rizal. Sambil tersenyum memandang Rizal, Izah berkata “apa yang Riz nak cakap ni?? Macam mustahak je..” “Riz sebenarnya suka kat Izah.. Riz sayang kan Izah.. Riz tak boleh nak simpan lagi perasaan Riz pada Izah..” luah Rizal. Izah terkedu, dia tidak tahu  cakap apa pada Rizal. Dia sudah yakin pada diri yang dia sudah menyayangi Fazrul sepenuh hatinya. “Maafkan Izah, Riz. Riz dah tahukan yang Izah cuma cintakan Fazrul. Takkan ada lagi perasaan lain yang boleh ada dalam diri Izah ni.Sorry Riz.” Kata Izah. “Takpe Izah.. Riz faham perasaan Izah.Sebenarnya Izah, Rul memang sayang dekat Izah. Dia cintakan Izah ” Kata Rizal.

            
          Seminggu kemudian, Rizal telah merancang satu pertemuan untuk Fazrul dan Izah... Dia telah menyuruh seseorang menghantar satu bungkusan yang berisikan satu gaun yang sangat cantik dan sepucuk surat yang mengatakan Rizal ingin menemuinya pada malam itu di restoran yang sama sewaktu Rizal meluahkan perasaannya kepada Izah . Sama  juga seperti Fazrul, Rizal telah menghantar mesej yang mengatakan ingin berjumpa dengannya di restoran yang sama.
          Pada malam itu, Fazrul sampai dahulu daripada Izah. ‘mana Riz ni..? pagi tadi dia yang ajak aku makan dekat sini.. Tapi dia belum sampai lagi.. eh, kejap... kenapa dia ajak aku makan kat restoran ni? dia nak ajak aku ‘candle light dinner’ dengan dia ke?? Ish.. tak mungkin..’Fazrul bermonolog “Sorry Riz saya lambat.. dah lama tunggu??” kata Izah setibanya dia ke situ. Fazrul menoleh kebelakang dan akhirnya mata Fazrul dan Izah bertentangan. Izah cepat melarikan pandangannya kearah lain. “Izah? Apa yang awak buat dekat sini??” Tanya Fazrul kepada Izah. “Awak tanya saya..? ouh.. saya datang sini sebab Rizal yang ajak saya makan malam. Awak pula..?” “Saya datang sini pun Rizal yang ajak. Kejap saya cuba call dia.” Kata Fazrul sambil mendail nombor Rizal. Setelah Rizal menjawab panggilan dari Fazrul, “Wei Riz, kau dekat mana hah?? Sekarang ni kau nak makan malam dengan siapa?? Aku ke Izah??” Tanya Fazrul. “Sorry Rul, aku tak boleh datang sana.. tiba-tiba ayah aku call suruh aku balik.. Sekarang ni aku dah tinggalkan kau dengan Izah. Aku tahu yang kau sebenarnya suka dekat Izah kan.. inilah masanya kau luahkan perasaan kau dekat Izah..” kata Rizal. Setelah perbualan antara Fazrul dan Rizal tamat, Izah bertanya kepada Fazrul. “Awak, Riz jadi datang ke tidak??” “Riz tak jadi datang dia ada urusan..” jawab Fazrul. “Tak pelah, kalau dah tak ada apa-apa saya balik dulu lah” kata Izah. “Eh.. jangan lah balik dulu. Kesian Riz, dia dah siapkan benda ni last-last dia tak boleh datang.. apa-apa pun kite makan lah dulu. Sambil tu saya nak cakap sikit dengan awak.” Kata Fazrul.
          Sewaktu makan, Fazrul ingin meluahkan perasaannya kapada Izah. “Izah saya tak tahu siapa di dalam hati awak tapi yang paling penting dalam hati saya ada awak.. Please Izah, saya sayangkan awak.. I can’t live without you..Saya nak hidup bersama awak selamanya..” kata Fazrul sambil menatap mata Izah sedalam-dalamnya.. Izah sudah mengalirkan air mata kegembiraan.. “Sebenarnya awak, saya pun sayangkan awak.. Tapi saya tak sama taraf dengan awak.” Kata Izah. “Tak pe awak.. saya tak kesah pasal taraf ni.. yang paling penting saya sayangkan awak dan awak sayangkan saya..” kata Fazrul. Dan pada malam itu juga mereka telah menjadi sepasang kekasih..
          Pada keesokan harinya Fazrul telah mengumumkan hubungannya dengan Izah kepada ahli kumpulan Boy Band dan semua pelajar Sekolah Menengah Seri Arjuna. “Perhatian semua.. Hari ni aku nak umumkan kat korang yang aku dah couple dengan Izah.” Umum Fazrul. Semua pelajar terkejut terutama sekali Herlina. Herlina sebenarnya sudah menyukai Fazrul sejak mereka tingkatan 4.. Herlina tidak menyangka yang Izah seorang budak kampung pon boleh couple dengan Fazrul sedangkan dia tak boleh.

************* Selepas pelajar- pelajar tingkatan 5 habis SPM..*************

          “Rul, mama nak Rul sambung belajar di luar Negara.. untuk mengambil alih Syarikat papa..” kata Tengku Ruby kepada Fazrul. “Apa ni mama.. Rul tak bersedia lagi lah. SPM pon baru habis bagilah Rul rehat dulu..” kata Fazrul. “Rul jangan nak mengada-ada.. Mama nak Rul ambil alih syarikat papa secepat mungkin.” Marah Tengku Ruby. “Rul tak cakap pon yang Rul nak ambil alih syarikat papa.. Mama je yang beria-ia nak Rul ambil alih syarikat papa. Kan senang kalau mama je yang ambik alih syarikat papa.” Lawan Fazrul. Fazrul tidak mahu meninggalkan Izah . Dia akan merindui Izah pada jangka waktu yang lama. Dia tidak sanggup. “Mama tak kira. Mama nak kamu pergi juga.” Kata Tengku Ruby.
          “Izah, minggu depan Rul kena pergi London untuk 5 tahun atas arahan mama. Rul tak boleh buat apa-apa kalau mama yang suruh. Tapi Rul tak nak tinggalkan Izah. Izah boleh tunggu Rul kan?? Izah sanggup tunggu Rul selama 5 tahun kan??” kata Fazrul. “Ya Rul, Izah sanggup tunggu Rul. Tapi Rul kat sane jangan menduakan Izah pula ye..”gurau Izah. Sambil merenung mata Izah, Fazrul berkata “Rul janji lepas Rul tamat belajar, Rul terus masuk meminang Izah.” Izah tersenyum manis.
                                              **** 5 TAHUN KEMUDIAN ****

          “Pejam celik – pejam celik dah 5 tahun Boy Band tak ada kat Malaysia kan Akmal, semuanya dah pergi ke luar negara.”kata Izah sambil menuruni tangga bersama Akmal untuk ke kafe. “Hmm, tau tak pe.. aku rasa macam sekejap je masa berlalu. Lagi pon kita dah sibuk belajar kan, tu la kita tak rasa yang diaorang tak ada kat sini”kata Akmal. Sampainya mereka di kafe, tiba-tiba ibu Izah menelefonnya,  dan mengatakan yang ada orang datang meminangnya. “Apa mak, Ada orang datang  meminang Izah?  Siapa? Dari mana?” Tanya Izah kepada emaknya. Hatinya berdebar-debar sewaktu menunggu emaknya menjawab soalannya. “Ish kamu ni Izah, tak sabar-sabar. Orangnya tak datang, yang datang cuma keluarganya saja”kata emak Izah. ‘siapa ye?’ Izah tertanya-tanya sendiri. “macam mana? Kamu nak terima ke tidak ni?”sambung emaknya. “seka hati mak la nak terima ke tidak. Izah ikut je keputusan mak.”kata Izah
          Suasana yang riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar Universiti Malaya tidak dihiraukan oleh Izah kerana terlalu terkejut dengan apa yang di katakana oleh emaknya tadi. “wei, siapa tu Izah?”Tanya Akmal kepada Izah yang sedang termenung di salah satu meja kafe. “Izah.. Izah..” panggil Akmal sambil memetik jarinya dihadapan Izah yang sedang termenung. Izah tersentak dengan panggilan Akmal tadi. “Erm, kenapa?”Tanya Izah kepada Akmal. “Kau ni kenapa Izah? Aku tanya, kau boleh termenung pula.”kata Akmal. “Aku tanya kau, siapa yang telefon tadi?”sambung Akmal. “Mak aku yang telefon tadi. Dia cakap ada orang masuk meminang aku.”kata Izah, menjawab soalan Akmal. “Hah? Habis kau terima ke tidak?”tanya Akmal. “terima je lah. Itu dah keputusan mak aku. Aku pon da redha dengan sape yang aku nak kawen. Nak tunggu Fazrul, memang sampai ke tua lah aku nak tunggu dia. Entah-entah dia dah ada orang lain. Tak pon dah kawen dengan orang sana.” Kata Izah. “Hmm.. ikut kau lah. Janji kau bahagia. Kau kan kawan baik aku dunia akhirat. Kalau kau bahagia aku pon bahagia juga..”kata Akmal sambil tersenyum.
                         
          “Mal, jangan lupa datang rumah aku minggu depan. Aku nak kau jadi orang pertama tengok bakal tunang aku. Aku tengah seram ni. Dah la aku tak pernah jumpa bakal tunang aku tu. Aku nak kau pon terkejut sama macam aku, bila tengok bakal tunang aku. Hahaha.” Kata izah. “Yelah aku datang . aku dah tak sabar-sabar nak jumpa bakal tunang kau tu. Nak tengok hensem macam aku ke tidak. Hahaha.” Gurau Akmal. mereka sama-sama ketawa.

  
          Tiba hari Izah akan ditunangkan. “Izah okey ke tidak ni? Risau pula mak tengok muka kamu tu. Pucat semacam.”kata emaknya. “Izah okey la mak. Cuma berdebar-debar nak tahu sape bakal tunang Izah tu.”kata Izah. “Akak, tunangnya dah sampai. Dah bersedia ke belom nak jumpa??” tanya Siti adik saudaranya sambil tersenyum kearah Izah. Izah berlari ke tingkap biliknya untuk mengintai siapa bakal tunangnya itu. Dari belakang Izah macam mengenali susuk tubuhnya , tapi dia tidak pasti. Dia cuba mengingati siapa gelaran yang empunya badan.
          Fazrul tidak sabar untuk bertemu dengan Izah. “Mama, cepatlah. Rul tak sabar nak jumpa Izah ni.” Kata Fazrul bernada tidak sabar. “Eh, Rul.. apa yang kau buat dekat sini? Bila kau balik? Macam mana kau tahu yang Izah nak bertunang harini?” tanya Akmal dengan bermacam—macam soalan. “Hai Mal, lama tak jumpa kau.. kau apa khabar? Sabar Mal.. jangan jadi gelojoh macam ni.. Aku dah 2 bulan kat sini. Sebenarnya, bakal tunang Izah tu aku. Aku saje je suruh mak dia rahsiakan dari pengetahuan dia..” kata Fazrul dengan gembira. “Hah!! Betul ke ni? Wah.. tak sangka impian kau orang berdua dah jadi kenyataan..” kata Akmal dengan nada teruja.. “Tu lah pasal.. aku pon kalau dia tak cakap yang hari ni dia nak tunang, memang aku tak tahu lah” kata Irsyad yang tiba-tiba keluar dari dalam kereta bersama Daniel dan E-one. “Korang pon ada jugak. Hah! Arsyad, Rizal dengan Izwan mana? Dia orang tak ikut korang sekali ke?” tanya Akmal. “Arsyad dengan Izwan dalam perjalanan nak ke sini. Rizal pula dia kata tak boleh nak datang.” kata Daniel.

          Akmal masuk ke dalam rumah Izah tersenyum-senyum,  membuatkan Izah tertanya-tanya kenapa Akmal dari tadi tersenyum-senyum je.. “Hoi! Asal kau tersengih-sengih ni? Tahu lah yang aku dah nak tunang.. Tapi janganlah tersengih macam kerang busuk. Hodoh tahu..”kata Izah dengan nada kesal. “Heh! Tak ada apa-apa lah. Nanti kau tahu juga. Sekejap je lagi.”kata Akmal. “Assalamualaikum..” tiba-tiba Izah dengar suara beberapa orang memberi salam dari luar rumah. “Wa’alaikummussalam, masuklah. Dah lama kami tunggu.” Jawab ayah Izah. Ternyata suara yang Izah dengar tu adalah suara Iryad, E-one dan Daniel. Izah betul-betul terkejut. ‘Adakah ini mimpi? Tak! Bukan Izah, bukan.. Ini rialiti.’ Gumam Izah tidak percaya.

                          ******* 2 BULAN TELAH BERLALU ******

          “Tak sangka Izah, yang Rul akhirnya jadi suami Izah.”kata Izah. “Eh!! Apa ni panggil nama. Sekarang abang dah jadi suami Izah, dan Izah perlu panggil abang, abang tau.”kata Fazrul. “Hehe.. Izah tak biasa lah Rul. Eh! Silap.. abang.” Gurau Izah. “Oh!! Nak bergurau dengan abang eh.. mari sini. Duduk dengan abang kat sini. Abang ada suatu benda yang nak bagi dekat Izah.”kata Fazrul. “Apa bang?” tanya Izah. “Adalah.. Izah tutup mata dulu” kata Fazrul sambil mengeluarkan seutas rantai yang berloketkan huruf  F&F  yang bermaksud Firzah & Fazrul. “WAH… cantik nya bang. Abang beli dekat mana ni? Izah tak pernah tengok pon rantai ni dekat mana-mana kedai emas.”kata Izah. “Macam mana Izah nak jumpa rantai ni dekat kedai emas. Rantai ni Abang tempeh khas untuk Izah seorang tau. Abang nak rantai ni menjadi lambing cinta kita buat selama-lamanya.”kata Fazrul. “Ya bang, Izah janji, Izah akan simpai rantai ni.”jawab Izah.

          Dan semenjak hari itu, Fazrul dan Izah telah menjadi pasangan bahagia. Tiada lagi pergaduhan dan tiada lagi sifat cemburu di antara mereka. Semenjak Fazrul dan Izah dinikahkan, Rizal telah melenyapkan diri. Tiada siapa yang tahu dimana Rizal berada. Fazrul, Irsyad, Arsyad, Daniel, E-one dan Izwan tetap memperjuangkan Boy Band mereka dan telah menjadi Boyband yang terunggul di zaman ini..


  **TAMAT**