salji

Monday, 30 April 2012

BENCI - BENCI SAYANG (1)


J J J J J  Orang dulu pernah cakap, yang kita ni tak boleh terlampau benci dengan orang. Sebab nanti Allah boleh terbalikkan hati kita, dari benci menjadi sayang.  Samalah dengan cepen yang Lia tulis ni..  (Cerpen ini hanya rekaan semata-mata. Watak-watak di dalamnya tidak ada kena-mengena dengan orang yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia).. So, selamat membaca..  Lia harap sangat komen2 dari korang yang membacanya..   jangan copy paste! Allah lihat apa yang korang lakukan. J J J J J 


**SELAMAT MEMBACA**

“Hello sis! Korang tau kan ni tempat siapa? So, apa tunggu lagi.. GET OUT..!” Kata Linda sombong.
“Hey! Tak faham bahasa ke? Tak nampak orang tengah marah ni? So, cepatlah blah! Terhegeh-hegeh.” Sambung Sally dengan nada gedik.
Terdengar ketua kumpulan Cherry Beauty mengeluarkan suara, tergesa-gesalah 5 orang pelajar perempuan yang tadinya sedang makan di tempat itu beredar kerana tidak mahu jadi musuh kepada kumpulan Cherry beauty.
Semua pelajar telah maklum apa akan terjadi kepada mereka sekiranya mereka melawan atau menentang kumpulan itu. Cuma ada 7 orang pemuda sahaja yang berani menentang mereka.
______________________________________________
Cherry Beauty! Siapa yang tak mengenali kumpulan ini di sekolah? Bahkan guru-guru dan pengetua juga boleh hafal ke semua nama ahli dalam kupulan itu. Lagi-lagi Linda Yasmine, ketua kumpulan Cherry Beauty. Anak kepada pemegang saham terbesar di Sekolah Menengah Perkasa. Tidak lupa juga 6 lagi ahli kumpulan yang lain. Mia Firzah, ahli yang paling bijak di antara ahli-ahli Cherry Beauty.Dia sering beri idea kepada ahli lain untuk mengenakan musuh-musuh mereka dan mempunyai adik, juga seorang ahli Cherry Beauty. Nayli Aasyiqin, sama bijak seperti Mia. Tetapi dalam hal mencari idea mengenakan orang sahaja. Natasya Bella, sepupu kepada Linda dan seorang yang baik hati. Selalu membantah cadangan Mia dan Nayli untuk mengenakan orang. Fifi Ridwana, adik kepada Mia Firzah. Walaupun mereka adik beradik, mereka seperti anjing dengan kucing. Tidak boleh rapat, ada sahaja benda yang nak di gaduhkan. Selalu berkongsi cerita dan masalah dengan  Natasya. Dewi Fitria, ahli yang paling cantik, mempunyai darah campuran Belanda. Ahli yang paling ramai peminat. Sering dicemburui oleh Sally kerana kecantikannya.  Sally Diana, perasan dirinya yang paling cantik di kumpulan Cherry Beauty. Sering terikut-ikut perangai Linda. Cherry Beauty sangat ANTI dengan BoyBand Seven Blast.
_____________________________________________
Selepas pelajar tadi beredar, Cherry Beauty pun duduk. Mereka semua buat kerja masing-masing. Linda dengan ‘twitter’ nya, Sally dan Dewi sedang bergosip tentang artis-artis Korea. Nayli dan Mia pula sedang mencari idea untuk mengenakan mangsa Cherry Beauty seterusnya. Fifi dan Natasya pula mencari info tentang artis-artis Malaysia. Suasana di situ sangat sunyi, sehinggalah mendengar jeritan dari Natasya.
“Weyh korang! Cuba tengok ni.” Jerit Natasya sambil menunjukkan berita yang baru sahaja dipaparkan di laman web gossip.com dalam iPad nya.
“What? Serius ke ni? Oh no! apa ni? Kenapa diorang perlu sekolah kat sini? Kan banyak lagi sekolah-sekolah menengah kat sekitar sini? Kenapa diorang pilih jugak sekolah ni?” Sally terkejut dengan berita yang baru sahaja dibaca.
“Yelah, kenapa diorang pilih sekolah ni? Aku nak tengok muka diorang kat TV pun dah meluat, apa lagi nak tengok muka diorang depan mata. Arrggghhh….  Aku tak sanggup nak jumpa diorang setiap hari.” Sambung Nayli pula dengan menampakkan muka tidak sanggupnya itu.
“Ish korang ni! Apa salahnya mereka nak sekolah di sini. Kan ini sekolah, semua orang boleh masuk. Lagipun diorang masuk sini bukan ‘free’. Diorang bayar yuran macam kita juga kan.” Fifi cuba membela Seven Blast. Natasya yang duduk di sebelah Fifi hanya mendiamkan diri kerana dia berasa bersalah dengan memberitahu Cherry Beauty tentang Seven Blast.
“Fifi ku sayang.. Kau tau tak yang kita ni ANTI dengan Seven Blast tu. So, jangan nak bela sangat. Duduk dekat situ senyap-senyap je tau. ” Marah Mia dengan nada yang sengaja dilembutkan.
“Hish, ni tak boleh jadi ni! Aku nak ‘call’ papa. Nak Tanya betul ke tidak si Seven Blast tu sekolah dekat sini. Kalau betul aku nak cakap batal kan je pemohonan diorang nak masuk sekolah ni.” Celah Linda.
Dia pun mendail nombor Dato’ Akmal Aidil di iPhone nya. “Ya! Cepat Lin, aku tak nak tengok muka diorang setiap hari. Kalau setiap hari kena jumpa mamat-mamat tu.  Aku boleh masuk hospital ni, sebab kekurangan zat dalam badan.” Lawak Dewi.
Pecah juga ketawa ahli Cherry Beauty kecuali Fifi dan Natasya. Pelajar-pelajar di situ hanya memerhati sahaja kelakuan kumpulan Cherry Beauty.
Gelak ketawa yang tadinya boleh terdengar sehingga ke pejabat, tiba-tiba senyap. Kerana  kesemua ahli Cherry Beauty terdiam setelah melihat Linda meletakkan jari telunjuk di bibirnya.
 “Hah! Hello pa. Lin nak Tanya ni. Betul ke yang Seven Blast nak sekolah dekat sekolah ni? Papa, please jangan terima pemohonan diorang. Papa sayang dekat Lin kan. Kalau sayang jangan terima please..” Pujuk Linda kepada Dato’ Akmal Aidil.
“Sorry Lin. Lin lambat cakap. Papa baru je sain dokumen  penerimaan  mereka. Kenapa Lin cakap macam tu pula? Kan seronok kalau ada artis dalam sekolah kita, baru sekolah kita boleh jadi terkenal.” Kata Dato’ Akmal Aidil.
“Ala pa.. Please.. Lin dengan kawan-kawan tak suka diorang sekolah dekat sini. Please pa..” Pujuk Linda lagi.
“ Lin! Jangan degil. Penerimaan tu bukan keputusan papa je. Ni pun keputusan dari pemegang saham lain dan pengetua juga.” Kata Dato’ Akmal Aidil mula hilang sabar dan bosan dengan perangan anak perempuannya itu.
“ Lagi satu! Jangan di sebabkan kamu semua tak suka Seven Blast tu, mereka tak boleh sekolah kat situ. Cuba kali ni Lin terima je.” Tegas Dato’ Akmal Aidil .Belum sempat Linda berkata apa-apa Dato’ Akal Aidil memutuskan talian.

** KEESOKKAN  HARINYA **

Suasana pagi yang tadinya aman damai dan hanya mendengar kicauan burung . Tiba-tiba menjadi riuh-rendah dengan jeritan pelajar-pelajar perempuan apabila  melihat dua buah kereta sport yang baru sahaja masuk di perkarangan Sekolah Menengah Perkasa.
Ahli Cherry Beauty yang sedang asyik bersarapan di kantin, terkejut dengan jeritan pelajar-pelajar tersebut.
“Ish! Apa ni? Orang tengah sedap-sedap breakfast, boleh pulak diorang terjerit- jerit, terpekik-terlolong.” Marah Mia.
“Hmm.. Kenapa dengan diorang tu? dah kena sampuk ke? Ke lupa nak makan ubat pagi tadi? “ Tanya Dewi pula.
“Itulah pasal..  Kita tengah sedap-sedap menikmati pagi yang aman damai ni. Tiba-tiba ada orang mengacau. Dah terbantut selera aku nak makan hidangan mak cik kantin yang sedap ni.” Kata Nayli pula.
Tiba-tiba mereka terdengar salah seorang pelajar itu menjerit nama Boy Band yang mereka ANTI. “aaarrgggghhhhh….  Seven Blast! Cute nya diorang. Seven Blast.. aaarrgghhhhhh…” Jerit pelajar itu.
“What! Seven Blast? Betul  ke apa yang aku dengar ni? Aku tak pekak lagi kan? “ Tanya Sally bertubi-tubi kepada ahli Chery Beauty.  
“Hmm.. Betul lah tu cik Sally oi..! Seven Blast dah datang kat sekolah ni. Jangan nak gelabah sangat lah.” Jawab Nayli.
Mata semua ahli Cherry Beauty tertumpu kepada Linda.
“Ermm, Linda! Macam mana? Nak mulakan ke? Atau biar kan diorang lepas hari ni? “ Tanya Dewi kepada Linda.
“Hurmm.. Kalau orang lain aku boleh lepaskan. Tapi kalau diorang, tak akan!”
“Okey! Kalau macam tu jomlah.” Ajak Dewi. Tanpa berlengah lagi Linda terus meninggalkan ahli Cherry Beauty yang sedang terpinga-pinga.

Nak tau siapa Seven Blast tu??
nantikan bab yang seterusnya...  :-)