Kembali dengan sambungan cerpen Lia.. hurmm.. sorry sebab baru dapat post sambungan nye sekarang..
mane tak nye, akhir-2 ni sibuk dengan study je.. kan tahun ni Lia nak PMR.. doakan ye Lia lulus dengan cemerlang untuk 8 subjek yang Lia ambil...
dah lah.. kalau nak tulis panjang-2, nanti tak ade pulak sambungan nye..
SELAMAT MEMBACA...
Seven Blast yang di
anggotai oleh 7 orang pemuda yang handsome, boleh dikatakan ada mirip dengan
artis-artis antarabangsa. Seven Blast ialah BoyBand yang baru di tubuhkan oleh
Syarikat terkenal di dalam dan luar Negara iaitu Syadalia’s Studio.
Mendengar sahaja nama
‘Seven Blast’ , semua orang mengenalinya. Bukan sahaja di kalangan remaja,
tetapi juga terkenal di kalangan kanak-kanak. Mungkin ramai yang kata mereka
ini terikut-ikut seperti K-Pop atau J-Pop kerana waktu kemunculan mereka, muzik
pop dance dari Korea dan Jepun itu sedang popular.
Walaupun mereka
mempunyai peminat yang ramai, mereka juga mempunyai ANTI termasuklah ahli-ahli
Cherry Beauty.
______________________________________________
Ketua kumpulan Seven
Blast ialah Zack Kamarul, ramai yang
cakap mukanya mirip artis Indonesia iaitu Dude Harlino. Seorang yang ego.
Walaupun ahli Seven Blast sama umur dan ada yang muda setahun, dialah yang
selalu mengambil berat tentang sakit pening ahli-ahli Seven Blast. Dia ibarat
seorang abang kepada Seven Blast. Aiman
E-One pula ada mirip macam Andy Lau. Sering menguruskan jadual harian ahli
Seven Blast a.k.a pengurus kepada Seven Blast. Dicky Fadzli, paling ramai peminat kerana mukanya iras-iras artis
Korea iaitu Lee Min Ho. Agak pendiam orangnya. Sering dituduh seorang yang
‘playboy’. Walaupun dikatakan begitu, sebenarnya Dicky ini seorang yang setia
kepada gadis yang betul-betul di cintainya.
Reza Nugra, Mukanya pula seperti Nickhun
(2PM). Ahli yang paling muda dan paling bijak. Disebabkan kebikaksanaannya, dia
di lompatkan kelas. Sama juga seperti Ilham Fauzie, tetapi perangainya jauh
berbeza dari Reza. Dia merupakan ahli yang paling manja dengan Zack dan
berperangai keanak-anakkan. Wajah Ilham pula seperti Woo Young (2PM). Sangat
menyukai lollipop, dia akan memarahi ahli Seven Blast jika menyorokkan atau
memakan lollipop kepunyaannya. Syeikh Luqman atau di kenali sebagai Boy
Luq, dialah yang paling nakal, dialah ahli yang paling happening dalam
Seven Blast. Sering bergurau dengan ahli Seven Blast, seperti menyorokkan
barang–barang kesayangan ahli Seven Blast. Akhir sekali, Akmal Naim, sama usia dengan Ilham dan Reza. Sering di kerjakan
oleh Boy Luq kerana tidak menyukai buah-buahan dan sayur-sayuran. Sewaktu di
kerjakan oleh Boy Luq, dia akan mengadu kepada Zack dan akhirnya Boy Luq akan
dimarahi.
____________________________________________
Dalam keadaan yang sempit
dengan peminat-peminat Seven Blast, Cherry Beauty tepaksa menyelit-nyelit di
celah-celah peminat-peminat itu.
Tiba-tiba mereka
terdengar seseorang menjerit. “Woi! Korang ingat sekarang dah pukul berapa? Tak
dengar bunyi loceng ke tadi? Dah tak reti nak masuk kelas?” ternyata itu
jeritan dari Linda menghalau pelajar yang berkumpul itu.
“Weyh, korang siapa
nak halau peminat kami?! Salah ke mereka nak jumpa kami?” Marah Aiman kerana
berasa terkejut dengan jeritan Linda menghalau peminat-peminat Seven Blast.
“Hello! Memang korang
dekat luar artis terkenal. Tapi, sekarang korang dekat sekolah. Korang taukan
‘S.E.K.O.L.A.H’, bukan dekat konsert korang. Korang ingat dengan korang semua
ni porpular dekat luar, korang boleh buat apa je dekat sekolah ni? And lagi
satu! Jangan nak bajet ‘handsome’ sangat dekat sini.” marah Mia.
“Yup, betul tu!
sokong kau seratus sepuluh peratus.” Sokong Nayli, Dewi, dan Sally.
“Ni yang aku marah
ni. Woi perempuan! Sebelum korang nak mengata kitorang, cermin diri tu dulu.
Ingat korang tu cantik sangat. Dan kitorang tau lah nak jaga batas kitorang. So,
kalau korang tak suka kitorang dekat sini, korang pergilah masuk kelas. Tak
payah nak menyemak dekat sini dan jangan kacau peminat kami.!” Marah Aiman
kerana tidak tahan dengan percakapan Mia tadi.
“ Hmm Girls.. Dah lah
tu. Jomlah masuk kelas. Tak payah nak gaduh-gaduh. Korang juga yang kata loceng
dah berbunyi kan. Sekarang korang cuba tengok jam. Dah pukul 7.45 pagi. Nanti
cikgu marah pula.” Ajak Natasya, sebenarnya dia ingin meredakan pergaduhan antara
Cherry Beauty dan Seven Blast.
“Hmm.. betul juga
kata dia. Kita pun dah lambat nak daftar masuk. Dari kita bergaduh dengan
diorang, tak ada faedah pun.” Kata Reza menyokong percakapan Natasya.
“Okey fine! Korang
ingat ye. Dengan ayah aku benarkan korang sekolah dekat sini, korang boleh buat
sesuka hati korang. Jangan harap!” Linda mengeluarkan kata-kata terakhir.
Akhirnya Seven Blast dan Cherry Beauty beredar juga dari situ.
** DALAM KELAS 5
JUJUR **
“Selamat pagi semua.”
Ucap Cik Sarah, guru kelas 5 Jujur.
“Selamat pagi cikgu.”
Jawab semua pelajar.
Semua ahli kelas 5
Jujur kembali ke tempat masing-masing.
“Okey pelajar. Hari
ini saya ada bawa berita gembira. Kita ada ahli baru dalam kelas ni. Kamu semua
selalu melihat mereka dalam TV. Dan hari ini kamu semua akan melihat mereka face to face. Kamu nak tahu kan siapa? Atau mungkin kamu
semua dah tahu siapa. Jadi saya tak payah nak bercakap panjang. Guys, sila
masuk.” Kata Cik Sarah mengajak Seven Blast masuk ke dalam kelas.
“Wah.! Seven Blast.!”
Jerit salah seorang pelajar perampuan kelas 5 Jujur. Suasana di dalam kelas itu
menjadi riuh rendah setelah Seven Blast masuk.
“Cikgu! Kenapa
diorang masuk dalam kelas kita pula? Kan ada banyak lagi kelas form5 yang
lain.” Tiba-tiba Dewi bangun dari duduknya dan bertanya kepada Cik Sarah.
“Dewi, mereka semua
ni ambil kelas sastera dekat sekolah lama mereka. So, semua kelas sastera yang
ada penuh. Cuma yang tak penuh lagi kelas kita ni je.” Jawab Cik Sarah dengan
nada lembut.
“Semua dah kenal
mereka kan. So tak payahlah mereka kenalka diri. Kamu senua boleh duduk dekat
belakang tu. Kamu semua kalau nak kenal diorang lebih lagi, lepas kelas cikgu
ye. Okey, kita start belajar. Semua buka
buku teks muka surat 150.” Sambung Cik Sarah lalu menjemput Seven Blast duduk
dan meneruskan pembelajaran seperti biasa.
** WAKTU REHAT (DI
KANTIN) **
“Hish! Menyirap aku
dengan si Seven Blast tu. kenapalah setiap kali kita nak mengelak dari diorang,
mesti diorang ada?” Tanya Sally kepada Mia, Nayli, Dewi dan Linda. Natasya dan
Fifi tidak rehat bersama ahli Cherry Beauty yang lain kerana mereka mahu
menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh semalam.
“Hurmm.. Entahlah.
Aku pun pelik juga. Entah-entah diorang ada pasang spy kot. Supaya ikut kita.”
Kata Nayli.
“Buat apa diorang nak
pasang spy pulak? Mustahil-mustahil. Benda tu tak mungkin terjadi.” Sambung
Mia.
“Huh! Mungkin juga.
Tak mustahilkan kalau diorang dah jatuh hati dekat kita. Kita ni kan cantik,
sexy, menawan pulak tu. kan-kan?” Kata Dewi pula.
Tiba-tiba, Seven
Blast datang ke meja makan yang selalu di duduki Cherry Beauty. Kecuali Dicky
dan Ilham.
“Hey girls! Korang
berlima je? Mana lagi 2 orang?” Tanya Zack dengan lembut.
“Korang nak tau buat
apa? Ada masalah ke dengan korang kalau kitorang berlima je? Yang korang tu,
Tanya orang je lebih. Mana ahli kumpulan yang lagi 2 orang tu? dah keluar dari Seven
Blast ke?” Jawab Mia kepada Zack dengan soalan juga.
“Weyh! Kitorang Tanya
baik-baik. Boleh pulak kau jawab macam tu kan. Memang nak cari gaduh la kau ni.
Dasar ‘mak lampir’.” Kata Boy Luq hilang sabar, sehingga dia mengeluarkan
perkataan ‘mak lampir’. Perkataan itu sering dia dengar sewaktu menonton
sinetron Indonesia.
“Luq! Dah lah.” Kata
Zack menenangkan Boy Luq.
“Girls, kitorang
datang ni sebab nak berbaik-baik dengan korang semua. Kan sekarang ni kita dah
jadi classmate.” Sambung Zack lagi.
** LAIN PULA KEJADIAN
DI DALAM KELAS 5 JUJUR**
Dicky dan Ilham
mendekati Fifi dan Natasya yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Mereka ingin
mencuba nasib untuk berkawan dengan Fifi dan Natasya.
“Hye, korang tengah buat apa tu?” Tanya Ilham
memulakan perbualan.
“Oh, Ilham.. Dicky..
Kami tengah buat homework math yang cikgu bagi. Semalam kami tak sempat buat
sebab tengok konsert Super Junior. Eh! Kenapa berdiri? Duduklah.” Jawab Fifi
sambil mengajak Ilham dan Dicky duduk.
“Wah! korang ni tak
macam ahli Cherry Beauty yang lainkan. Korang ni baik, ramah and tak sombong
macam kawan korang tu. Eh! Lupa pula. Nama korang ni siapa? Dah lama borak lupa
pula nak Tanya nama.” Kata Ilham panjang lebar.
“Hmm.. Nama saya Fifi
Ridwana, panggil Fifi je. Yang sebelah saya ni pula nama dia Natasya bella.
Panggil Natasya. Sebenarnya kawan kitorang tu baik, tapi mungkin diorang ANTI
gile dengan korang. Tulah jadi macam tu.”
“Hmm.. Kenapa kawan
awak kat sebelah tu senyap je? Nak dengar juga suara dia.” Tanya Dicky pula.
“Dia memang macam ni.
Kalau buat homework, tak ingat dunia. Focus je. Lagi-lagi homework math.” Jawab
Fifi lagi.
“Weyh Nat, asal
senyap je? Kesian diorang ni tau. Cubalah jawab sekali-sekala. Ni tak, khusyuk
gile.” Bisik Fifi ke telinga Natasya.
“Eh! Hye.. Sorry aeh.
Tak perasan pulak korang dekat sini.” Kata Natasya kepada Dicky dan Ilham.
Mereka berborak
sehingga tidak menyedari waktu rehat telah habis.
“Hurmm.. Lupa nak
tanya korang, kenapa ye korang pindah dekat sini? Sebelum ni korang semua
sekolah dekat mana?” Tanya Natasya kepada Dicky dan Ilham.
“Kitorang pindah sini
sebab…” Dicky tidak dapat menghabiskan ayat nya kerana dia terdengar suara ahli
Cherry Beauty yang lain di luar kelas.
Akhirnya Dicky dan
Ilham cepat-cepat beredar dari tempat Fifi dan Natasya.
“Oit! Korang tak siap
homework lagi? Hmm.. korang ni baik sangat lah. Kan ni sekolah kita, so tak
payah lah nak susah-susah perah kepala otak ni.” Kata Sally setelah tiba di
tempatnya yang berada di hadapan meja Natasya dan Fifi.
“Kira okeylah
kitorang perah otak kitorang untuk belajar. Daripada korang, perah otak korang
tu untuk nak kenakan orang je. Buang masa! Tak menjamin masa depan.” Jawab Fifi
sinis.
“Mia tengok adik kau
ni. Nak menghina kita la ni.” Kata Sally lagi.
“Fifi! Asal dengan
kau ni? Apa masalah kau? Kira okey lah tu. perah otak juga kan.” Marah Mia
kepada adiknya.
“Hish! Dah la. Pergi
duduk tempat korang masing-masing. Kitorang nak buat homework pun susah. Tadi
korang tak ada aman je kelas ni.” Marah Natasya pula. ‘menyakitkan hati je si
Sally ni’ gumam Fifi dalam hati.
Rupanya dalam diam,
Fifi dan Natasya tidak menyukai perangai Sally yang suka menjaga tepi kain
orang.
# hurmm... nantikan sambungan cerita ni..
Lia harap, ade orang yang sudi membace cerpen Lia yang tak seberapa ni..