salji

Tuesday, 31 January 2012

best friend for ever


First day aku masuk sekolah SMK Putrajaya Presint 14(1). Sebagai pelajar tingkatan 1. Saat itu tiada seorang pon budak yang aku kenal, yang ada pun macam tak nak mengaku aku kawan dia. Dan selang beberapa minit seorang kawanku dari sekolah rendah datang menyapaku “Hei Alia, tadi aku jumpa mak kau dekat luar.. Lepas tu dia cakap yang kau dah ada kat dalam ni.” Sapa kawan ku itu. Ternyata dia Nur Sharmiza, kami memang kenal rapat dari darjah 5 lagi. “Hah Sharmiza.. Aku ingat kau sekolah kat Dato’ Bakar.” Kata ku. “Tak lah. Abang aku sekolah sini, takkan aku nak sekolah sana kot.” Jawab Sharmiza. “Ouh.. Samalah kita. Aku pon sekolah sini sebab abang aku sekolah sini.” Kata ku.
Selepas aku berjumpa dengan Sharmiza, kami ada ice breaking (sesi suai kenal pelajar tingkatan 1). Hari itu aku berjumpa dengan kawan-kawan yang lain seperti Tasya, Ika, Sue, Elisa dan ramai lagi. Setelah selesai ice breaking aku dan Sharmiza pon rehat bersama kawan-kawan yang baru kami kenal.
****** SELEPAS MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 ******
Aku dan Sharmiza telah ditempatkan di kelas yang sama iaitu di kelas  1 Seri Bestari. Di situlah aku dan Sharmiza menjadi kawan rapat, dan mula memanggil Sharmiza sebagai Miza, selama ini aku memanggil Sharmiza, Shamie. “Miza, Dayat mintak nombor phone kau.” Kata Elisa. “Hah! Nombor.” Kata Mizaterkejut. “ Ha’ah nombor kau. Boleh ke tak?” Tanya Elisa. “Hmm.. Bagi je lah. Ni nombor aku 017-xxxxxxx.” Kata Miza. Dan dengan pertolongan Elisa, Miza dan Dayat telah kapel. Dan disebabkan itu juga aku, Miza dan Elisa menjadi rapat. Muhammad Hidayat atau dipanggil Dayat, semenjak dia kapel dengan Miza, aku dan dia menjadi rapat. Dia selalu SMS aku kalau nak tanya pasal Miza dari aku.
****** BEBERAPA BULAN KEMUDIAN******
Seorang pelajar baru dari Serdang, Selangor masuk ke dalam kelasku  iaitu Nur Nabila. Dia merupakan pelajar yang boleh dikatakan sama cantik dengan  Miza. Ramai juga pelajar lelaki yang meminati dia. Aku dan Miza telah menjadi kawan baiknya di sekolah itu. Dayat dalam diam rupanya menyimpan perasaan terhadap Nabila. Aku baru tahu yang Dayat meminati Nabila waktu Dayat SMS ku dan dia mengatakan yang dia menyukai Nabila.
Disebabkan perkara itu, persahabatan Miza dan Nabila terganggu. Tapi disebabkan nilai persahabatan kami yang mendalam kami tetap berkawan  rapat seperti biasa. Miza telah menyuruhku untuk membongkar semua isi hati Dayat dan menceritakannya kepada dia dan Nabila.
****** TAHUN 2011 (PEMBUKAAN SEKOLAH SESI BARU) ******
Pada tahun 2011, aku datang ke sekolah seperti tahun 2010, tapi pada tahun ini aku telah mempunyai ramai kawan. Pelajar-pelajar tingkatan 2 tidak perlu menjalani minggu Orientasi seperti tahun lepas. Kami telah dibahagikan kelas. Ternyata pada tahun ni Nabila tidak masuk sama kelas dengan Aku dan Miza. Selepas pembahagian kelas aku dan Miza masuk ke kelas seperti biasa tetepi tiada Nabila. Nur Elisa Najwani atau di panggill Elisa telah duduk di sebelah Miza, dan Aku duduk sebelah Amirah Farzana atau nama singkatannya Yana dan sebelah Yana ialah sahabat baik nya iaitu Farhain yang dipanggil Ain. Sebelum ini aku dan Miza tidak mengenali Yana dan  Ain kerana mereka adalah  pelajar dari kelas 1 Seri Bakti. Dan selepas Aku dan Miza berkawan lama dan mengenal hati budi Elisa, Yana dan Ain persahabatan kami semakin akrab.  Selepas rombakan kedudukan, tempat dudukku telah terpisah dengan sahabatku. Kami tidak duduk di satu barisan lagi macam selalu.
****** PERTENGAHAN TAHUN ******
Kelas ku telah menerima seorang pelajar perempuan yang bernama Nur Diana dari Kedah. Pada awal kemasukkan dia, Aku, Miza, Elisa, Yana dan Ain tidak banyak bercakap dengan dia. Setelah beberapa minggu dia sekolah di situ baru kami mula bercakap dengannya. Tiba masa rombakan tempat duduk lagi, aku telah di tempatkan di sebelah Diana. Mula-mula duduk tu memang tak selesa sebab dia seorang yang pendiam. Tetapi selepas lama kenal, rupanya dia agak bising macam kami juga lah.
Tahun 2011, tahun yang aku takkan lupakan kerana pada tahun itu aku telah meminati seorang pelajar lelaki tingkatan 5 atau lebih senang berkawan baik dengan abangkku sendiri. Aku pon tak tahu macam mana perasaan itu muncul. Hanya yang mengenaliku sahaja yang tahu siapa dia. Dan pada tahun ini juga pelbagai perkara kami jalani bersama.
****** TAHUN 2012 (TAHUN INI) ******
Seperti tahun-tahun lepas. Aku datang sekolah seperti biasa. Aku, Elisa, Miza, Yana, Ain dan Diana berjumpa dan melepaskan rindu masing-masing tidak ketinggalan juga sahabat lamaku dari sekolah rendah, kini satu sekolah dengan ku iaitu Nurul Elida, yang masuk ke sekolah ku beberapa hari sebelum cuti sekolah. Tahun ini kami semua bukan dalam satu kelas yang sama. Ain kelas 3 Seri Bakti, Aku, Yana, Elida dan Nabila kelas 3 Seri Bestari. Miza, Elisa dan Diana.
Pertemuan kami dengan Elisa tidak lama kerana pada 30/1/2012 adalah hari terakhir Elisa ke sekolah dan  Elisa perlu berpindah ke Pahang untuk tinggal bersama neneknya selepas kematian ibunya yang tersayang. Dan Yana telah berirtahu kepada kami yang kemungkinan dia pon akan berpindah ke Pulau Pinang pada bulan 6, mengikuti ayahnya yang telah naik pangkat.

TEMAN SELAMANYA

BIAR RENGGANG DI FANA DUNIA,
BIAR HINA DI MATA MANUSIA,
BIAR SEMANGAT SEMAKIN TUA,
BIAR HARTA SEMAKIN TIADA,
BIAR AKAL SEMAKIN BERUSIA,
BIAR JAUH KEDUDUKAN KITA,
BIAR JURANG PANGKAT KITA,
TAPI JANGAN SESEKALI TERPUTUS,
PERSAHABATAN DI ANTARA KITA.

Aku Nur Alia Athirah, berharap persahabatan kita ini akan kekal hingga kita dewasa. Dan hanya ajal yang akan memisahkan kita…  Amin..



No comments:

Post a Comment