salji

Monday, 30 December 2013

EXO Fanfics [IMAGINE Ver.] Malay *6



Anda, Baekhyun dan Chanyeol adalah sahabat sejak dari tadika. Sejak kematian ibu Baekhyun 2tahun lalu, sikapnya berubah 100%! Kini anda, Baekhyun dan Chanyeol adalah senior di sekolah tinggi yang terkemuka di Seoul. Baekhyun  yang dulu selalu menyendiri kini menjadi playboy yang sentiasa digilai pelajar mahupun guru perempuan yang masih bujang. Chanyeol pula merupakan ketua band sekolah dan merupakan sahabat yang sentiasa di samping anda sejak sikap Baekhyun berubah. Suatu hari anda dikejutkan dengan pergaduhan antara Baekhyun dan Chanyeol. Anda berlari pantas ke tempat kejadian.

Y : Wae!? Kenapa diorang bergaduh –nama kawan anda –ah?
Kawan anda : Aku pon tak tahu. Ini mesti pasal Baekhyun –shii mainkan perasaan perempuan lagi.
Y : Mungkin. Yang penting, jom lari. Cepat!

Anda tiba di tempat kejadian dan cuba meredakan pergaduhan.
Y : Yah! Korang boleh berhenti tak? *menjerit*
Chanyeol : -nama anda –ah, awak tak perlu masuk campur.! *serang Baekhyun*
Baekhyun : *serang kembali* Maksud kau nak rampas dia dari aku?
Chanyeol : Rampas siape? Kau yang sia-2 kan dia. Ada kau ambil berat pasal dia sekarang?
Baekhyun : *terdiam* aku.. aku..
Chanyeol : Wae!? *serang Baekhyun*
Baekhyun : *serang kembali*
Y : STOP!! Sampai bile korang nak bergad….. *pengsan* *tumbukan Baekhyun terkena anda*
Kawan anda & Chanyeol : -nama anda –ah!!
Baekhyun :  -nama anda –ah! Mian.. *angkat anda* *bawa ke bilik kesihatan*

Setelah setengah jam Baekhyun menunggu, akhirnya anda terjaga.

Y : *mengerang kesakitan di kepala*
Baekhyun : -nama anda –ah, awak okay?
Y : *cuba bangun* saye dekat mane? Ahhh! *pegang kepala*
Chanyeol : *masuk bilik kesihatan* -nama anda –ah, awak dah sedar? Syukurlah.
Y : *cuba mengingati sesuatu*
Chanyeol : -nama anda –ah. *gosok kepala anda*kalau awak rasa sakit, bagi tau saye. *wink*
Baekhyun : No! *tolak Chanyeol* cakap dengan saye.
Y : Yah! Saye tak ape-2 lah. Jangan risau. BTW, kenapa awak bergaduh tadi?
Baekhyun : -nama anda –ah, mianhae~ saye memang betul-2 tak sengaja.
Y : It’s okay. *senyum*Eh! Soalan saye korang tak jawab lagi.
Baekhyun & Chanyeol : *pandang sesame sendiri*
Chanyeol : *senyum* Ouh, tak ade ape-2.
Baekhyun : Channie ambil saye punya eyeliners. Kitorang bergurau je tadi.
Y : Yah! Pasal eyeliner? Jinjja!? Bukan pasal perempuan? *kecilkan mata*alasan tak masuk akal.
Baekhyun : Nope! Kitorang tak pernah bergaduh pasal perempuan. Saye boleh dapat perempuan yang saye suka macam tu je. *petik jari*small the pieces!  *sorokkan kebenaran*
Y : *pandang Chanyeol* Chanyeol –ah * aegyo face*
Chanyeol : Wae? Stop! –nama anda –ah, jangan buat muke comel tu. Saye tak tahan. *cubit pipi anda*
Baekhyun : *cemburu* Channie –ah! Jom kite balik kelas. –nama anda- pon dah terjaga.
Chanyeol : Nae.. –nama anda –ah, jaga diri. Nanti saye datang balik.*wink*
Anda masih tertanya-2 dengan pergaduhan yang terjadi tadi.

Sejak kejadian tempoh hari, sikap Baekhyun berubah sedikit demi sedikit. Dia semakin mengambil berat terhadap anda. Sehinggakan Chanyeol ingin mendekati anda, pasti dia akan wujud di tengah-2 kalian. Ada satu perasaan lain timbul dalam hati anda ketika bersama Baekhyun tidak pula ketika anda bersama Chanyeol. Anda ingin meluahkan perasaan anda sewaktu hari terakhir persekolahan.
Tiba hari terakhir persekolahan. Tiba masanya anda ingin meluahkan perasaan kepada Baekhyun. Tapi, Baekhyun memberitahu anda yang dia akan mengikuti ayahnya ke USA atas urusan kerja dan akan sambung belajar di sana. Niat anda terbang begitu sahaja. Perasaan sedih mula timbul.

6 Tahun kemudian..

Anda kini sudah bergelar seorang guru seni suara di sekolah. Chanyeol pula sudah membuka satu company music. Sejak tamat persekolahan, anda dan Chanyeol  terputus hubungan dengan Baekhyun. Sehingga suatu hari sekolah anda telah mendapat guru transfer dari USA. Mendengar sahaja USA, rindu anda terhadap Baekhyun menjadi lebih mendalam.

Y : *mengajar di dalam kelas* Orait! Now kite start dari Suzy. *main piano*
Suzy : *nyanyi lagu You Don’t Know Me*
Y : Wahh. Suara yang merdu. Baiklah, seterusnya … *pandang depan* *shock* BAEKHYUN!! *berlari ke arah Baekhyun* *peluk Baekhyun*
Baekhyun : *balas pelukan*
Pelajar : ehemmm.. ehemmm.. seonsaeng-nim~
Y : *tersedar* yah! *tolak Baekhyun* *malu* sorry~ *tengok jam* baiklah, kelas saye dah tamat. Awak semua boleh masuk ke kelas.
Pelajar : Yahh~ baiklah. Kamsahabnida seonsaeng-nim. *bow 90**balik kelas*
Y : *pandang Baekhyun* *senyum*
Baekhyun : Wae? *pegang tangan anda* Tak rindu dekat saye ke?
Y : *angguk* mestilah rindu!! *senyum*
Baekhyun : Hug? *depa tangan*
Y : *peluk Baekhyun*
Y & Baekhyun : Saye ade something nak cakap. *serentak* *gelak*
Baekhyun : Okey, awak dulu.
Y : Nope! Awaklah.
Baekhyun : Nae. Ermm.. –nama anda –ah, naega dangsinege joh-a hae. Can you be my girl?
Y : *shock* Ermm..  Aa..awa..kk tak tanye saye, saye dah berpunya ke belum. Awak tak….
Baekhyun : Tak perlu. Sebab saye tahu awak tunggu saye selama ni. *wink*
Y : What!! ?
Baekhyun : Chanyeol dah bagitahu saye segalanya melalui e-mail. Tentang penantian awak selama ni. Sebab tu saye berusaha untuk transfer ke sini.
Y : Wae? Kenapa awak tak pernah hubungi saye selama ni? *air mata mengalir*
Baekhyun : *lap air mata anda* sebab saye nak tahu perasaan awak dekat saye. Dan hari ni, saye datang selain menjadi guru transfer, saye ingin menjadi teman hidup awak selama-lamanya. *melutut* *keluarkan kotak baldu berwarna biru* -nama anda –ah, WILL YOU MARRIED ME?
Y : *terharu* *angguk* Nae.
Baekhyun : Really ?
Y : YUP!!
Baekhyun : *peluk anda* *sarungkan cincin ke jari anda*

Sejak hari itu, kehidupan anda kembali ceria. Kini anda bahagia bersama Baekhyun, lelaki yang anda saying sejak di bangku sekolah tinggi.

** THE END **

Saturday, 28 December 2013

What... Babysitter !? OMG!! *last part*

Keesokan harinya aku ikut ibu bapaku ke rumah keluarga besar Lee. Aku tak tau apa yang akan berlaku selepas ni. Harap aku tak memalukan ibu bapaku. Sampai saja aku di rumah keluarga besar Lee, ibu menyuruh aku pergi ke bilik Taemin untuk mengejutkan dia. Tanpa rela, aku terpaksa pergi juga. Dengan langkah longlai, aku melangkah anak tangga ke tingkat atas yang meletakkan bilik Taemin. Aku mengetuk pintu bilik Taemin beberapa kali sebelum masuk.

“Tuan Taemin, cepat bangun. Sekarang dah pukul 7.00 pagi. Tuan mesti bangun dan sarapan.” Kata ku sambil menggerakkan tubuh Taemin. Tiada reaksi. Aku ulang ayat yang sama beberapa kali sehingga terdengar dia marah.

“Ermm.. apa ni, jangan kacaulah. Lagi 10 minit.” Marah Taemin kerana tidurnya di ganggu.

“Hoi! Aku suruh bangun tu, bangun je lah! Tak payah nak banyak hal. Dasar cicak kobeng!” Kata ku yang sudah hilang sabar.

Dengar saja ada orang marah, Taemin terus bangun. Pada awalnya dia ingin memarahi orang yang kacau tidurnya. Tapi lepas dia tau siapa, terus dia batalkan niatnya.

“Woi! Macam mana kau boleh masuk dalam bilik aku?! Siapa yang benarkan?” tanya Taemin.

“Mulai sekaran, aku Kim Hyo Yeon akan menjadi baby sitter kepada Lee Taemin sehingga tamat cuti musim panas.ada faham?” Kata aku tanpa menjawab pertanyaan Taemin tadi.

“What! Baby sitter? Siapa yang suruh kau jadi baby sitter aku ni? Kau jangan nak…..” Taemin menghentikan percakapan tanpa menghabiskannya lagi. Dia terfikirkan perkara semalam. Perkara yang menyebabkan dia tak boleh nak melelapkan mata.

“Hello, kau nak suruh aku tolong mandikan kau ke?” tanya aku tanpa sedar. Hoi! Hyo Yeon, kenapa kau cakap macam tu? Dah buang tabiat ke? Kalau ye pon, jangan lah sampai cakap macam tu.

.................................

Taemin! Ini masa yang terbaik untuk kau kenakan dia balik. Dia takkan berani marah kau sebab sekarang kau tuan dia.

“Cik Hyo Yeon. Mulai saat ini, kau kena panggil aku Tuan Muda. Tiada lagi kau-aku, tiada lagi cicak kobeng. Faham!” arah Taemin.

“Baiklah cicak ko.. Ops, maksud aku Tuan Muda Taemin.” Kata Hyo Yeon sambil menunjukkan seyuman yang tak ikhlas.

“Hah! Kan bagus macam tu.” Kata Taemin dengan melemparkan senyuman penuh muslihat.

................................

Hyo Yeon, kau mesti kena terima hakikat yang sekarang kau harus sentiasa mendampingi cicak kobeng walau dimana dia berada. Gumamku lemah.

Hari pertama aku mula menjadi baby sitter kepada Taemin seperti aku berada di neraka. Pelbagai benda yang aku mesti buat. Sehingga makan pon harus aku yang suapkan. Kadang-kadang aku rasa senang dengan sikap manjanya, tapi kadang-kadang sungguh meluat.

Tak apa Hyo Yeon, hari ni hari kau. Esok lusa biar dia pula kena. Gumamku di dalam hati untuk memberi semangat kepada diri sendiri.

Hari demi hari berlalu dengan pantas. Sehingga tiga hari sebelum sesi persekolahan kembali, dia menjemput sahabat-sahabatnya iaitu Min Woo, Minho, Joong Ki,  Jin Goo dan Kwang Min datang ke rumah untuk melepak. Hari itu aku merasakan aku adalah patung berdiri di dalam biliknya. Kalau ye pon, ajaklah aku duduk ke. Ini tidak, biarkan saja aku berdiri di tepi pintu biliknya.

Pada hari itu, bilik Taemin sangat meriah dengan gelak ketawa sahabat-sahabatnya. Masing-masing menceritakan pengalaman mereka sewaktu pergi bercuti bersama keluarga. Kadang-kadang aku melihat riak muka Taemin berubah. Seperti ada sesuatu yang dia sorokkan dari sahabat-sahabatnya. Aku bersimpati terhadap diri dia.

Hyo Yeon, kenapa kau sibuk dengan urusan orang! Aku hanya mendengus kasar.

.................................

“Weyh, kau ada nampak something tak dekat diri Hyo Yeon.” Tanya Kwang Min tiba-tiba dalam gelak ketawa mereka.

“Hurmm? Maksud kau?” Min Woo mengerutkan dahi tanda tidak faham apa yang ditanya oleh Kwang Min.

Aku, Joong Ki, Jin Goo dan Minho serentak memandang Kwang Min. minta dia jelaskan pertenyaan yang baru saja dia tanya.

“Maksud aku, kalau di tenung-tenung balik. Hyo Yeon cantik kan. Cuma mungkin kerana pemakaian dan personaliti dia yang agak kampung tu, membuatkan diri dia nampak hodoh.” Terang Kwang Min.

Masing-masing memandang ke arah Hyo Yeon yang berdiri di tepi pintu. Terlihat wajah Hyo Yeon berubah menjadi merah dek pandangan yang diberikan oleh kami yang kacak dan macho. Hamboi Taemin, puji diri sendiri nampak. Aku mengalihkan pandangan dan menahan gelak kerana kata hati aku tadi.

“Aku terfikir sesuatu!” Jin Goo terjerit kecil. Aku dan yang alin hanya memandang tepat ke arah Jin Goo.

“Apa?” tanya Joong Ki.

“Macam ni.....” Jin Goo menjelaskan perkara yang terlintas dalam fikiran dia.

“Haishh.. Tak payahlah. Korang tak rasa buang masa? By The Way, nanti tak pasal-pasal kena marah dengan dia. Kau bukan tak tau perangai dia. Garang semacam.” Bantah Taemin.

“Hay! Ni lah yang best. Aku setuju!” Sokong Minho. Mata dia meliar memandang yang lain. Aku tengok masing-masing menganggukan kepala. Dah macam burung belatuk pula.

“Apa boleh buat, kalau semua dah setuju. Aku pon kena setujulah macam tu.” Aku setuju akhirnya.

“Taemin, kau mesti buang jauh-jauh perasaan ego kau tu sekejap. Mana tahu tiba-tiba kau jatuh hati dekat dia ke. Kan? Yang penting aku ingatkan dekat kau. Berhati-hati dengan hati kau tu. Karang tak pasal-pasal terjatuh pula dekat Hyo Yeon.” Kata Kwang Min.

“Ah! Tak mungkinlah. Aku takkan senang nak jatuh hati dekat orang. Lagi-lagi pelajar perempuan yang dekat sekolah tu. Aku pandang sebelah mata je.” Lagak Taemin.

Setelah mereka membuat perancangan, tiba-tiba suasana menjadi riuh kembali kerana gelak ketawa yang keluar dari mulut mereka.

“Okeylah Taemin, dah lama kitorang dekat sini. Kitorang balik dululah. Jangan lupa esok. Kitorang tunggu kau dekat sana pukul 10.00 pagi.” Kata Jin Goo sebelum dia keluar dari pintu bilik aku. Sempat dia memandang susuk tubuh milik Hyo Yeon yang berdiri di tepi pintu.

...............................

Haisshh.. Kenapa diorang pandang aku macam tu? Tau lah muka masing-masing handsome. Boleh mencairkan hati setiap pelajar yang ada dekat Kirin High School kerana pandangan mereka yang menggoda tu. Hadush, boleh pengsan aku dekat sini. Gumamku dalam hati lalu menundukkan muka kerana aku dapat merasakan bahang di pipi aku.

Terlihat sahabat-sahabat Taemin sudah mengangkat punggung dari tempat mereka duduk tadi. Tandanya mereka nak beransur pulang. Dan terlepaslah seksaan aku yang kena berdiri dekat sini sepanjang diorang ada tadi. Aku ingat korang semua nak tidur sini. Dari pagi sampai petang baru korang ingat balik. Nak tercabut kaki aku, korang tau tak. Selepas mereka beredar, aku juga beredar ke bilik aku.

“Esok? Pukul 10.00 pagi? Apa yang diorang rancangkan?” aku tertanya-tanya sendirian ketika berada tiba di bilik yang dikhaskan untuk aku. Aku melompat ke arah katil yang empuk. Nasib baik empuk katil ni, cuba kalau dapat katil yang dekat rumah. mau patah tulang belakang aku. Huaarrggghhh... Huh! Mengantuk, ini semua sebab cicak kobeng tu! Kalau bukan sebab dia suruh aku berdiri berjam-jam dekat tepi pintu bilik dia, mesti aku tak letih. Aku membebel sendirian sehingga aku terlelap jam berapa pon, aku tak tau.

Sinaran cahaya matahari pagi telah menembusi di celah-celah langsir bilik ku. Aku merasa sangat nyaman. Mendengar kicauan burung-burung di luar tingkap, bunyi air yang berpunca dari kolam ikan di belakang rumah. Aku menggeliat dahulu sebelum menuju ke bilik air. Sedang asyik aku membasahkan diri menggunakan shower, tiba-tiba.....

“Woi! Kau ingat sekarang dah pukul berapa. Bukan main lagi kau mandi lama-lama. Cepat turun! Aku nak hari ni kau ikut aku pergi shopping.” Jerit Taemin sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik air. Aku rasa, kalau pintu bilik air ni macam dekat rumah aku, mesti dah tercabut.gamaknya.

“Yelah! Nanti aku turun. Kalau Tuan Muda masih ada dekat luar, macam mana saya nak keluar.” Jerit aku pula. Pagi itu kami seperti ada berpuluh-puluh batu jauh nya. Kalau nak bercakap, tak sah kalau tak menjerit. Aku pon kurang pasti kenapa boleh jadi macam tu.

Selesai memakai pakaian yang kemas, cukup sekadar baju T lengan panjang dan seluar jeans pendek atas lutut. Aku segera turun ke bawah untuk bersarapan bersama ibu dan ayah. Selepas selesai bersarapan, Taemin menarik lengan ku untuk masuk ke dalam kereta miliknya.

“Hoi! Kalau ye pon, jangan lah sampai tarik macam ni. Tau tak sakit.” Kata aku sambil menyentuh lenganku yang sudah mula kemerah-merahan akibat cengkaman dari Taemin. Tapi dia tidak memperdulikan semua keluhan aku.

“Cepat pakai seatbelt.”

“Tak nak! Baik kau cakap, kita nak pergi mana ni?”

“Jangan degillah. Baik kau pakai sekarang!”

“Jawab dulu pertanyaan aku!”

“Ish dia ni. Orang cakap pakai, pakai jelah!” Marah Taemin lalau mendekati aku.

“Hoi! Apa yang kau nak buat ni?” Jerit aku sewaktu Taemin cuba mendekati.

“Tak payah nak berangan. Aku tak teringin pon nak buat something dekat kau. Perangai macam lelaki! Aku nak tarik seatbelt kau lah.” kata Taemin terus menarik dan memasangnya untuk aku.

Selepas dia memasangkan seatbelt untuk aku, dia terus memulakan perjalanan. Aku hanya berdiam diri didalam kereta. Suasanan didalam kereta seperti di kawasan perkuburan. Tiada sedikitpon perbualan, bahkan radio juga tidak terpasang. Kerana tidak selesa dengan suasana begini, aku cuba untuk memasang radio. Tapi dihalang oleh Taemin.

“Jangan usik apa-apapun di dalam kereta aku.” Marah Taemin, belum sempat aku menyentuh radio di dalam keretanya.

“Huh! Kedekut. Nak pegang sikit pon tak boleh.” Gumamku perlahan lalu aku menoleh ke arah tingkap. Tapi boleh didengari oleh Taemin.

“Apa kau cakap?”

“Erm? Apa? Mana ada aku cakap apa-apa.”

“Tak payah nak tipu. Aku dengar semuanya tadi.”

“Baguslah kalau kau dengar. Tapi kenapa kau tanya aku?”

“Saja.”

“Entah apa-apa.”

“Biarlah.”

“Ermm, cicak kobeng. Kita nak pergi mana ni?” tanyaku.

“Apa? Eh, kau lupa ke apa aku cakap...”

“Ops! Aku lupa.. Maksud aku, Tuan Muda nak bawa saya pergi mana?” celahku sebelum dia menghabiskan katanya.

“Hah! Sedar pon. Tapikan, kenapa kau cakap tak betul? Sekejap kau gelarkan diri kau aku, sekejap saya. Kau punya bahasa kebangsaan fail ye?”

“Huh! Banyak songeh. Baiklah Tuan Muda Taemin, saya akan pastikan yang saya tak akan bercakap kasar lagi selepas ini.”

“Bagus.” Kata Taemin sebelum dia memberhentikan keretanya di sebuah mall.

Aku hanya mengekori Taemin sehingga ke dalam mall. Wah. Ini baru pertama kali aku masuk ke mall yang mewah macam ni. Deretan kedai kecil yang menjual pelbagai-bagai eksosori di sepanjang laluan. Kolam ikan yang berada di tengah-tengah lobi. Tak terlepas aku melihat batu-batu kristal yang terukir cantik di kolam tersebut. Hurmm, mesti ni tempat yang selalu dia pergi kalau nak shopping. Wow! Itu saja yang mampu aku cakap. Tiba-tiba dia berhenti di sebuah kedai pakaian berjenama. Selesai dia membeyar jumlah barang yang menjadi pilihannya, dia memberikan kepada aku. Baru aku teringat pesanan dari Tuan Besar Lee. Kemana saja Taemin berada, dia juga pasti kena ada. Tapi takkan aku kena jadi kuli dia untuk bawa semua barang kepunyaannya? Aku tak nak jadi hamba kepada cicak kobeng ni! Hurmm, apa nak buat wahai Hyo Yeon. Kau terpaksa buat semua tu. Dia majikan kau.

Hampir setengah jam juga aku dan Taemin berjalan di dalam mall dan banyak juga barang yang dia beli sehingga aku tak cukup tangan bawa barang-barang itu. Akhirnya dia menyuruh aku menghantar kesemua barang itu ke dalam kereta. Huh! Nasib aku tak reti bawa kereta. Kalau tak, mesti dia rasa hilang je kereta dia ni. Setelah aku meletakkan kesemua barang miliknya, aku masuk semula ke dalam mall menuju ke tempat yang dia suruh. Setiba saja aku di tempat itu, aku nampak semua sahabat dia iaitu Minho, Min Woo, Jin Goo, Joong Ki dan Kwang min ada di situ. Dengan perasaan yang bercampur baur, aku menuju ke arah mereka.

“Hello.” Sapa sahabat-sahabat Taemin serentak setelah aku berhenti di belakang Taemin. Mereka memandang sesama sendiri lalu tersenyum.

“Ermm. Hello.” Sapa ku kembali kepada semua yang berada di situ. Aku memberikan senyuman yang paling manis kearah mereka. Aku nampak mereka berbisik sesama sendiri sambil memandang ke arah aku. Kenapa dengan diorang sebenarnya ni?

................................

“So? Macam mana plan kita? Nak start sekarang?” Bisik Kwang Min ke sahabat-sahabatnya.

“Tapi, siapa yang nak ajak dia? Aku tak berani.” Bisik Jin Goo pula.

“Haishh dia ni. Dia yang bagi idea, tapi dia tak berani.” Bisik Joong Ki.

“Habis tu, siapa yang nak ajak?” Tanya Min Woo berbisik juga.

Sepuluh minit berlalu dengan keadaan mereka yang berbisik-bisik.

“Hyo Yeon, jom ikut saya. Boleh tak?” Tiba-tiba Minho bersuara. Dia tidak tahan dengan keadaan mereka tadi.

“Nak pergi mana?” Tanya Hyo Yeon pelik.

“Alah ikut je eh.”

“Yelah, tapi nak pergi mana?” Tanya Hyo Yeon kembali. Tapi kali ini mata dia terarah ke Taemin.

“Ish kau ni. Ikut je lah. Aku pon pergi sekali.” Kata Taemin. Akhirnya dia membuka mulut juga.

................................

Diorang nak bawa aku pergi mana? Kenapa dengan diorang sebenarnya ni? Takkan diorang nak buli aku? Harap dirang tak terfikir nak buat macam-macam dekat aku.

Aku hanya mengekori langkah enam orang jejaka pujaan pelajar perempuan di sekolah sehingga tiba di sebuah salon. Pada mulanya aku terfikir mungkin mereka nak mengubah style rambut mereka. Tapi jangkaan aku meleset jauh. Mereka memaksa aku duduk di kerusi empuk yang berada di hadapan cermin. Tidak sampai lima minit, penasihat fesyen datang. Dia memandang ke arah aku dari atas sehingga bawah beberapa kali sambil mengelilingi aku. Sesekali dia memegang rambut aku dan mencoret sesuatu di atas buku notanya. Habis sahaja sesi meneliti, dia menuju ke arah enam jejaka tadi. Entah apa yang dia cakap dengan mereka pon aku tak tau. Setelah selesai, dia kembali ke arah aku.

“Okey dik, adik duduk diam-diam dekat kerusi ni. Nanti akak datang balik.” Kata Linda. Mungkin itu nama penasihat fesyen itu kerana nama itu tertera di nametag yang dia pakai. Aku melirik ke arah mereka berenam. Mereka hanya tersengeh, lalu pergi meninggalkan aku bersama Linda. Apa sebenarnya yang mereka nak buat dekat aku? Jangan cakap yang diorang cuba ubah fesyen aku. Huh! Kenapa diorang tak berterus terang je. Tapi biarkan je lah. Mungkin ini masa yang sesuai untuk aku menunjukkan kecantikan yang ada pada diri aku.

Linda kembali dengan peralatan yang tersedia di salon itu dan dia memulakan kerjanya. Sepanjang proses make over rambut dan muka, aku hanya mampu menutup mata. Mungkin kerana aku tidak terbiasa dengan semua itu. Setelah selesai, Linda menyuruh aku bangun. Huh! Aku tertidur rupanya. Waktu aku membuka mata, aku melihat orang lain di dalam cermin. Aku menyentuh muka dan rambut aku yang sudah berubah.

“Betul ke ni saya?” tanya aku tidak percaya,

“Yelah, habis siapa yang dekat dalam cermin tu?” tanya Linda pula.

Aku hanya tersengih. Mana tak nya, rambut aku yang dulu panjang atas punggung, kini menjadi paras bahu. Tak lupa, dari lurus, menjadi beralun. Selalunya rambut aku diikat tocang, tak pon dikat dua. Tapi kini rambut aku di lepaskan. Muka aku yang selama ini tak pernah tercalit sedikit pon makeup, kini sudah bermakeup. Wow! Betul ke ni aku? Tak sangka betul yang selama ni aku cantik. Haha.

“Dah ke belum telek muka tu? Kalau dah, jom ikut akak pergi butik.” Kata Linda menyedarkan aku dari berangan.

“Hah? Pergi butik? Untuk apa?”

“Cari baju lah. Takkan cari pakwe pula.”

“haha.. okey, tapi diorang mana? Diorang tau ke yang kita nak pergi butik?”

“Jangan risaulah. Diorang tau.”

Aku segera bangun dari kerusi tadi dan terus mengekori langkah Linda pergi ke butik. Tiba saja di butik, dia segera pergi ke arah pakaian-pakaian yang tergantung. Dia memilih beberapa helai baju yang menarik perhatiaannya. Selesai saja dia memilih, dia datang ke arah aku.

“Nah. Ambil baju-baju ni. Pergi try sekarang.” Suruh Linda.

“Okey kak.” Kata ku tanpa banyak soal.

Sehelai demi sehelai aku cuba dan sudah beberapa kali aku keluar masuk dari bilik persalinan. Setiap kali aku keluar, pasti ada yang tak kena pada pakaian itu. Aku melakukan perkara itu sehingga dia menjumpai pakaian yang sesuai untuk aku.

“Hah! Ni baru sesuai.” Kata Linda akhinya.

“Betul ke kak?” Tanyaku. Aku rasa tak sesuai.

“Adik nampak Wow! Meletop gitu.” Kata Linda.

Aku hanya tersenyum. Kini aku memakai blaus polka dot paras lutut berwarna ungu cair dan putih, tali pinggang kecil berwarna putih, dan wedges berwarna ungu pekat. Aku juga rasa selesa. Linda terus berjalan ke arah aksesori yang terdapat di butik tersebut. Dia mengambil aksesori yang sesuai dan berikannya kepada aku. Setelah dia berpuas hati, dia mengajak aku keluar.

“Jom. Keluar.” Kata Linda.

“Lepas ni kita nak pergi mana?”

“Pergi restaurant dekat lobi.”

“Buat apa?”

“Entah. Akak pon tak tau. Tapi itu pesanan terakhir diorang, sebelum diorang keluar dari salon tadi.”

“Ouh, okey lah macam tu. Jom.”

Aku dan Linda tiba di restaurant yang disebutkan tadi. Tiada kelibat mereka. Akhirnya aku memilih untuk duduk di penjuru kerana di situ agak tersorok. Lima minit kemudian Linda meminta diri untuk pulang, kerana kerjanya sudah selesai.

“Adik, akak balik dululah. Sebab kerja akak dekat sini pon dah selesai. Bila-bila kita jumpa lagi ya.” Kata Linda sebelum bangun dari tempat dia duduk. Sebelum dia keluar dari restaurant, dia sempat memberi aku telefon pintar jenama Samsung.

“Hurmm.. Apa ni kak?”

“Telefon lah dik oi. Ini Encik Taemin beri kepada saya sebelum dia dan kawan-kawan dia pergi. Katanya biar nanti dia senang nak cari adik.”

“Ish. Hurmm, okeylah kak.”

Aku memandang Linda sehingga hilang dari pandangan. Hurmm, mana diorang ni. Lima belas minit aku menunggu mereka. Waiter di restaurant itu sudah tiga kali berulang alik ke meja yang aku duduk untuk bertanyakan pesanan. Tapi aku tak berani untuk buat pesanan kerana sekarang aku tidak punya duit. Setengah jam kemudian aku nampak kelibat mereka di pintu masuk restaurant. Min Woo memandang aku lalu tersenyum. Eh, tapi kenapa mereka tak datang sini? Boleh pula diorang duduk dekat situ. Aku mula cuak. Tanpa berfikir panjang, aku bangun dari tempat aku duduk. Belum sempat aku melangkah, tiba-tiba aku menerima panggilan dari telefon yang Linda berikan tadi.

“Hello. Siapa ni?” tanya aku

“Ni Hyo Yeon ke?” tanya pemanggil pula. Eh, kita tanya dia, dia tanya kita balik.
“Yup, ini Park Hyo Yeon. Boleh saya tau ni siapa?”

“Oh betullah. Ini Tuan Muda Lee Taemin.”

“Tuan Muda, kenapa tuan muda dengan kawan-kawan tuan muda duduk di situ? Bukan ke tadi Min Woo nampak saya?”

“Hurmm.. Kau dekat mana?” tanya Taemin. Aku terdengar dia bertanya dekat Min Woo sama ada dia nampak aku ke tak.

“Hello Tuan muda?”

“Ermm.. Hello. Min Woo kata dia tak nampak kau pon.”

“Mana boleh dia tak nampak saya. Yang tadi dia senyum tu apa?” Kata aku lalu mematikan panggilan. Aku menuju ke arah meja 6 jejaka tersebut. Mereka seperti tercari-cari.

Sampai sahaja aku di meja mereka, aku terus duduk tanpa di pelawa. Aku lihat muka masing-masing terkejut. Seperti tak pernah nampak orang. Kenapa dengan diorang?

“Hello? Korang ni kenapa? Hello?” Tanya aku pelik.

“Errmm.. Hai!” Jawab Minho yang baru tersedar. Dia menyiku tubuh kawan-kawannya yang lain.

“Eh! Hai.” Jawab yang lain pula.

“Boleh saya tau awak siapa?” Tanya Kwang Min tiba-tiba.

“Haishh. Takkan tak kenal saya pula. Kan saya Hyo Yeon. Park Hyo Yeon.” Jawabku sambil mengerutkan dahi. Pelik sebenarnya dengan mereka ni. Kenapa diorang tak kenal aku pula?

“Woahhhh.. Betul ke ni awak Hyo Yeon? Cantik nya.” Jin Goo tiba-tiba bersuara.

“Thanks.” Aku berterima kasih lalu tertunduk malu. Aku tersedar, kenapa Taemin tidak mengalihkan pandangan dia?

“Tuan Muda. Tuan Muda tak apa-apa?” tanya aku kepada Taemin sambil tangan diawang-awangkan. Yang lain semua memandang Taemin.

“Hoi Taemin! Kau ni dah kenapa? Tak berkelip aku tengok.” Joong Ki menjerit kecil di telinga Taemin untuk menyedarkan nya.

“Ermm. Hah! Kenapa?” Tanya Taemin tiba-tiba selepas dia tersedar dari lamunan.

“Kau kenapa pandang Hyo Yeon macam nak telan dia je? Tak berkelip langsung.” Tanya Joong Ki kembali.

“Ceh! Dah jatuh hati ke? Tulah aku cakap apa semalam. Hati-hati. Takut kau jatuh hati dekat Hyo Yeon. Tapi kau kata tak mungkin.” Kata Kwang Min. mereka yang lain hanya tergelak kecuali aku. Kerana aku tak faham maksud mereka.





Cuti musim panas sudah berakhir. Malam sebelum sekolah dibuka dia meminta tolong aku untuk menyiapkan homework dia sehingga aku tertidur di biliknya. Yang aku peliknya bila aku sedar pagi tadi, aku berada di atas katil milik Taemin. Sejak bila aku tidur dekat situ? Setahu aku, semalam aku ada dekat meja kerja yang berada di bilik dia untuk bantu siapkan homework yang Puan Yuri berikan.

Pagi itu aku bersiap-siap untuk ke sekolah. Selesai sahaja bersarapan aku meminta diri untuk pergi ke sekolah. Aku sengaja pergi ke sekolah awal kerana tidak mahu terserempak dengan Teamin. Nanti ada saja yang dia nak kenakan. Malangnya, sampai saja aku di tempat aku meletakkan basikal. Sudah nampak kelibat Taemin yang sudah berpakaian uniform sekolah. Huh! Awalnya dia bangun. Selalunya dia tak macam ni.

“Selamat pagi Tuan Muda Taemin.” Sapa aku.

“Selamat pagi miss Hyo Yeon.” Sapa dia kembali sambil memberikan senyuman yang paling manis. Huarrgghhh..! Taemin, kenapa kau senyum macam tu? Cair hati aku ni.

Aku membalas senyumannya dengan senyuman yang double triple manis.

............................

Wahai Hyo Yeon, kenapa kau senyum macam tu? Boleh luruh jantung aku ni. Haishh! Taemin, sedar. Kau ni dah kenapa?

“Ehemm.. Hyo Yeon, mulai pagi ni kau ikut aku je lah pergi sekolah. Tak payah nak bawa basikal ni lagi.” Kata aku untuk menutup segan.

“Hah? Kenapa?” tanya Hyo Yeon.

“Saja. Nanti kau tak lah penat.”

“Ermm. Tak menyusahkan Tuan Muda?”

“Kenapa pula menyusahkan aku? Kan setiap hari ayah kau yang hantar aku pergi sekolah.”

“Betul juga. Ermm, kalau macam tu saya tak kesah.”

“Jom cepat.masuk kereta.” Kata aku sambil membukakan pintu untuk Hyo Yeon.

.............................

What! Dia bukakan pintu untuk aku? Adakah aku bermimpi? Kalau ianya mimpi, tolong jangan sedarkan aku. Wahai Taemin, kenapa sikap kau semakin baik terhadap aku? Aku berharap agar sikap kau yang ini tidak akan berubah kepada sikap kau yang dulu.

“Thanks.” Ucap ku sambil tersenyum.

“My Pleasure.”

Sampai saja di hadapan sekolah, seperti tadi dia membukakan pintu untuk aku. Yang tidak percayanya lagi, dia menghantar aku sehingga ke kelas. Aku rasa macam aku ni majikan kepada dia pula. Tapi biarlah. Sepanjang perjalanan aku ke kelas, pelajar perempuan di sekolah hanya memandang sinis kepada aku.

“Wow Hyo Yeon! Biar betul apa yang aku nampak ni. Lee Taemin, Putera sekolah hantar kau sampai kelas.” Kata IU ketika aku tiba di tempat dudukku di kelas.

“Hmm.. Betullah apa yang kau nampak tu.” Jawab ku selamba.

“By The Way, Hyo Yeon. Kenapa aku nampak kau lain hari ni? Nampak kau makin cantik.” Celah Suzy pula.

“Hehe. Aku lupa nak cerita dekat korang. Korang nak tau.........” aku menceritakan apa yang berlaku sepanjang cuti musim panas.

“What! Biar betul. Ini semua kerja diorang lah ni? Diorang yang tukar imej kau. Macam tak percaya.” Kata Suzy.

“Korang dah nampakkan?. So, percayalah wahai kawan-kawan ku.” Kata aku.

“Ye, kami percaya.” Ujar IU. Kami bertiga tergelak apabila teringat apa yang aku cerita tadi.

Semenjak hari itu, aku dan sahabat-sahabat Taemin menjadi rapat. Tidak lupa dengan sahabat-sahabat aku. Aku juga telah diterima oleh pelajar-pelajar sekolah. Tiada lagi hinaan yang aku dapat dari pelajar-pelajar Kirin High School. Aku semakin gembira bersekolah di situ.



SETAHUN KEMUDIAN.



Aku memenangi lagi ‘Battle Of The Dance’ yang Kirin High School anjurkan. Tapi kali ini berlainan kerana tiada lagi pergaduhan setelah selesai battle. Sikap Taemin juga semakin lama, semakin berubah. Tiada lagi sikap bangga diri. Tiada lagi sikap yang panas baran. Aku semakin gembira dengan sikapnya yang telah berubah. Aku juga telah mendapat tawaran menjadi pereka tarian untuk BoyBand Seven Blast di Syadalia’s Studio.

Malam itu dia mengajak Minho, Min Woo, Kwang Min, Jin Goo, Joong Ki, Suzy dan IU untuk datang ke rumah keluarga Besar Lee. Katanya untuk meraikan kejayaan aku. Pelbagai permainan yang dia dan sahabat-sahabatnya fikirkan. Dalam keriuhan, tiba-tiba Taemin menarik aku ke depan.

“Korang, minta perhatian kejap.” Jerit Taemin tiba-tiba.

Semua mata tertumpu ke arah aku dan Taemin. Apa sebenarnya Taemin nak cakap? Dia memandang aku lalu berlutut. Dia memegang tangan aku.

“Kim Hyo Yeon, would you be my girl?” Kata Lee Taemin A.K.A ex-musuh ketat aku yang kini telah menjadi orang yang paling aku sayang di depan sahabat-sahabat kami. Suasana tiba-tiba menjadi sunyi, hanya kedengaran suara muzik. Aku juga seperti yang lain. Terkejut dengan apa yang Taemin cakapkan tadi.

“Ermm.” Aku tak mampu berkata apa-apa lagi. Hanya mampu menganggukkan kepala dan aku merasakan yang ada air mata yang jatuh di pipi aku.  Di sisi lain, aku merasakan ini hanya mimpi. Cepat-cepat aku mencubit pipi aku untuk mengetahui adakah ini hanya sekadar mimpi atau kenyataan.

“Hey, kenapa menangis ni?” tanya Taemin lembut lalu memeluk aku.

“Akhirnya ‘Prince of Dance’ dan ‘Princess of Dance’ sekolah kita telah meluahkan perasaan mereka masing-masing. Dan tiada lagi pergaduhan antara mereka yang boleh menyebabkan perang dunia.” Kata Minho lalu tersenyum menunjukkan barisan giginya yang tersusun. Min Woo, Joong Ki, Kwang Min dan Jin Goo dan dua orang sahabat aku IU dan Suzy  hanya tergelak mendengar celoteh Minho. Mereka juga tidak percaya dengan apa yang Taemin luahkan tadi. Mereka memang tidak pernah menyangka yang kedua-dua kami ada menyimpan perasaan sesama sendiri.



TAMAT..

What.. Babysitter !? OMG!!

“Hoi Cicak Kobeng! Kalau berani marilah sini battle dance dengan aku. Tak payah lah kau nak burukkan nama aku dekat pelajar sekolah ni. Kau ingat kau hebat sangat ke dalam tarian? Kau pon speasis je! Berani kata belakang. Nampak sangat pengecutnya.” Jerit aku kepada Taemin. Pelajar-pelajar di Kirin High School hanya memandang aku tidak percaya.

Seorang perempuan yang berasal dari keluarga sederhana. Ayahnya cuma pemandu kepada keluarga besar Lee dan ibunya pula hanya pembantu di rumah keluarga besar Lee berani memarahi anak majikan kepada kedua ibu bapanya.

Tetapi Taemin tidak pernah mengetahui yang sebenarnya aku mendapat biasiswa dari Tuan Lee bapanya sendiri. Dia hanya tau aku dari keluarga sederhana yang mendapat simpati dari pihak sekolah dan akhirnya mendapat biasiswa di sini.

“Haishh. Aku pantang betul lah ada orang panggil aku macam tu. Woi perempuan, sedarkan diri kau tu. Kau ingat kau siapa dekat sekolah ni? Kau masuk sekolah ni pun sebab kau dapat biasiswa. Kalau tidak, kau takkan dapat merasai masuk sekolah Elit ni tau tak!” Kata Taemin sewaktu mendekati aku.

“Pantang? Huh! Tak payah nak pantang sangat lah. Wey, apa yang kau cakap dekat budak-budak sekolah pasal aku? Aku sedar siapa aku. Tapi jangan disebabkan ini sekolah milik keluarga kau, kau boleh buat sesuka hati kau.” Kata aku kasar.

Tak sampai sebulan aku masuk ke sekolah itu, aku telah mendapat gelaran ‘Princess of Dance’ di pertandingan tarian yang setiap tahun Kirin High School anjurkan. Pada awalnya memang aku tak percaya sebab aku baru sahaja masuk ke sekolah itu. Tetapi mungkin sudah rezeki aku, aku telah dapat gelaran tersebut dan yang aku tak sangkanya lagi, Lee Taemin yang memang terkenal dengan tarian-tariannya yang hebat telah kalah dengan aku.

Tiba-tiba Taemin sudah mengangkat tangannya untuk menampar pipi aku. Tetapi dihalang oleh sahabatnya Minho.

“Hoi Taemin! kau ingat, dia tu perempuan. Bukan lelaki yang sedap kau je nak guna kekerasan. Kau juga kata, kau benci dengan lelaki yang selalu menggunakan kekerasan terhadap perempuan.” Bisik Minho cuba untuk menasihati Taemin.

 “Nasib baik kau ni perempuan! Kalau kau spesis dengan aku, memang tak selamat kau. Kali ni memang kau terlepas.”Kata Taemin lalu pergi meninggalkan aku dan sahabat aku. Aku terpinga-pinga. Kenapa dengan dia sebenarnya?



…………………………………………………

Perkara tadi masih lagi berlegar di dalam kotak fikiran aku. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku benci sangat dengan Hyo Yeon? Apa mungkin sebab dia dah merebut gelaran aku sebagai ‘Prince of Dancer’? tak mungkinlah. Hyo Yeon tu Cuma anak kepada pembantu di rumah aku je. Tapi aku tak sangka yang dia berani memarahi aku depan budak-budak sekolah. Aku hanya berjalan mengikut langkah kaki sehingga aku tidak tau sejak bila aku tiba di bilik latihan M Six (M6) milik aku dan kawan-kawan aku. 

Taemin dibesarkan dalam keluarga yang berada. Sejak kematian ibunya, dia hanya duduk bersendirian di rumah dan di temani oleh pembantu-pembantu rumah. Ayahnya sibuk berkerja mencari. Hanya setahun sekali sahaja ayahnya pulang ke rumah untuk berjumpa dengannya. Kakaknya sudah tamat sekolah dan sekarang melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang seni mempertahankan diri. Di sekolah dia memang terkenal kerana beberapa hal. Pertama, di sebabkan sekolah itu milik keluarganya. Kedua, ketampanan yang dimiliki oleh dirinya. Ketiga, dia terkenal dengan sikap pembuli. Setiap hari akan ada pelajar sekolah itu menjadi mangsa pembuliannya.

“Hoi! Termenung jauh nampak. Asal dengan kau?” tanya Min Woo yang baru sampai bersama Minho, Kwang Min, Jin Goo dan Joong Ki.

“Haishh.. Tak ada apa lah! Yang korang ni dari mana?” tanya Taemin untuk mengubah cerita.

“Tak payah nak ubah ceritalah. Kitorang dari lobi. Ingat nak cari kau. Tapi kata Jin Goo kau mesti ada dekat sini. Yelah, mana lagi tempat yang kau pergi selain bilik ni. Okey, berbalik dari cerita tadi. Asal dengan kau? Kenapa tiba-tiba Hyo Yeon marah-marah time nampak kau?” Joong Ki menjawab dan menyoal kembali.

“Entahlah minah tu. Datang haid kot. Tiba-tiba datang dekat aku marah-marah.” Gurau Taemin. Akhirnya terdengar gelak ketawa dari lima orang kawanya itu.

……………………………………………

“Hyo Yeon, kau okey ke tak? Cukuplah marah tu. Aku tak tau nak cakap apa lagi. Bukan kau tak kenal dengan Lee Taemin. Anak pemilik Kirin High School yang berlagak.” Kata IU.

“Yup. Aku sokong IU. Kau pon selalu nampak apa yang dia buat dekat budak sekolah setiap hari. Mesti akan ada kes buli.” Kata Suzy pula.

IU dan Suzy adalah sahabat aku sejak aku masuk sekolah ni. Walaupon mereka tau aku dari keluarga yang sederhana, mereka tetap berkawan dengan aku. Kata mereka, kalau nak berkawan tak perlu kira darjat. Mereka saja yang selalu ada sewaktu aku susah dan senang. Mereka juga yang suruh aku masuk battle dance yang sekolah anjurkan.

“Tak ada apalah. Aku Cuma geram je dengan dia. Tak puas dia nak marah aku lepas battle dance semalam. Dikatanya aku ni main tipu. Pagi tadi aku nampak dekat papan notis yang ada tulis aku ni anak orang miskin yang tak sedar diri. Masuk sekolah ni cuma dapat simpati dari pihak sekolah.” Ujarku.

“Biasalah dia tu. Kau telan je apa yang dia cakap. Kau anggap semua yang dia cakap tu gula-gula yang manis. By The Way, kau jangan terlalu membenci dia. Karang tak pasal-pasal kau jatuh cinta dekat dia. Percayalah cakap aku.” Nasihat Suzy yang disulami dengan gurauan. IU yang duduk di sebelah hanya mengangguk.

“Ish! Tak mungkinlah aku nak jatuh cinta dengan mamat tu.” Aku menjerit kecil sewaktu mendengar apa yang Suzy cakap.

Setiap hari kalau aku terjumpa atau berselisih dengan Lee Taemin, aku akan bergaduh mulut dengannya. Sehingga pelajar di sekolah sudah terbiasa. Beberapa bulan berlalu dengan pantas.

………………………..

Tiba cuti musim panas. Tiada lagi kedengaran suara Taemin yang menjengkelkan. Tiada lagi pergaduhan antara aku dan dia. Tiada lagi nampak muka dia waktu tengah marah. Kadang-kadang aku merasa kehilangan. Haisshh.. Hyo Yeon, apa yang kau merepek ni? Daripada kau cakap pasal mamat tu, baik kau buat homework yang Puan Yuri kasi. Tak adalah kau kelam-kabut nanti.

……………………….

Kenapa aku asyik terfikirkan minah tu? Tiba-tiba aku rasa nak dengar dia marah, nak tengok dia menangis sebab aku, nak tengok muka dia yang tengah menahan marah. Woi Taemin, wake up! Kenapa kau jadi macam ni? Adakah ini namanya rindu? Adakah aku dah jatuh hati dekat dia? Haisshh, Taemin. Kenapa kau boleh jadi macam ni?

……………………...

Petang tadi aku dapat siapkan semua homework yang Puan Yuri berikan. Malam pula aku tak tau nak buat apa, hanya mampu melihat bintang-bintang di langit. Tiba-tiba aku nampak bintang yang tersusun seperti nama TAEMIN. Hyo Yeon, apa yang dah jadi dengan kau ni? Tak payahlah kau nak jadi macam tu sekali. Aku memukul perlahan kepala aku. Tiba-tiba ibu duduk di sebelah aku.

“Hyo Yeon, esok kamu boleh bantu ibu?” tanya Ibuku.

“Hurmm, bantu apa? Kalau Hyo Yeon boleh bantu, pasti Hyo Yeon bantu.” Kata aku.

“Ibu nak minta kamu tolong ibu jadi Baby sitter kepada anak Tuan Besar Lee selama cuti musim panas ni. Katanya dimana saja encik Taemin nak pergi, mesti ada yang harus teman dan Tuan Besar Lee minta kamu tolong. Tak lupa juga, Tuan Besar Lee minta kamu berpindah masuk ke rumah keluarga besar Lee. Dia tidak mahu kamu duduk di rumah seorang diri lagi.” Jelas ibu panjang lebar.

What! Selama cuti musim panas ni aku kena jaga Taemin? Whoahhh.. Aku tak nak. Tapi Tuan Besar Lee dah minta tolong dekat aku. Selama ni dia banyak tolong aku dan keluarga. Takkan aku nak hampakan dia. Tak apa Hyo Yeon, kau tolong demi Tuan Besar Lee saja.

Apa yang akan berlaku?
mampukah Hyo Yeon menjadi baby sitter kepada Taemin?
nantikan part yang seterusnya..  ;)


Character image;

Hyo Yeon (Main Character)


Taemin (Main Character)
Min Ho


Kwang Min



Min Woo


Joong Ki


Jin Goo



IU
Suzy

EXO Fanfics [IMAGINE Ver.] Malay *5



Hari ini genap 4 tahun anda dan Chanyeol bertunang. Pada awalnya pertunangan anda atas dasar desakan ibu bapa anda dan chanyeol. Tapi setelah lama anda berkenalan dengan Chanyeol, rasa sayang dalam diri anda makin mekar.

Y : *ringtone (Miracle In December)* yeoboseyo.
Private number : Hello, boleh saye bercakap dengan –nama anda-?
Y : Nae, -nama anda- bercakap. Boleh saye tau awak siape?
P.N : Awak tak perlu tahu siapa yang bercakap sekarang. Tapi saye nak awak lepaskan Chanyeol. Atau sesuatu akan terjadi kepada dia!*putuskan talian*
Y : Crazy ! kenapa dengan perempuan ni!? *campak phone atas katil* BTW, siape perempuan tadi?
Chanyeol : *peluh anda dari belakang* siapa yang call tadi? *smile*
Y : Ohh! Oppa. *shock* entah, saye pon tak tau.
Chanyeol : Mwo? *check phone anda* Private number?
Y : Ye. Biarlah, asal dia tak mengganggu kite. *cuba sembunyikan perkara tadi*

Hari ini anda dapat panggilan yang sama dari nombor yang tidak dikenali dan menyuruh anda ke taman berdekatan. Pada mulanya anda mengabaikan suruhan tadi, tapi disebabkan sifat ingin tahu yang kuat, anda keluar berjalan ke taman tersebut hanya  untuk menenangkan fikiran yang kusut tentang panggilan tersebut. Sedang anda berjalan, anda ternampak kelibat Chanyeol bersama perempuan lain. Semakin anda mendekati pasangan tersebut, anda mendapati dia memang CHANYEOL!!

Y : *datang dekat* *tampar Chanyeol* Oppa!! Sampai hati oppa buat saye macam ni.
Perempuan : Babe, siapa perempuan ni?
Chanyeol : Entah. Oppa tak pernah kenal dengan dia. *tarik tangan anda ke tempat lebih jauh* Oppa nak kite putus.
Y : How dare you! *cry* *buka cincin pertunangan + baling ke arah Chanyeol* *berlari pulang*
Chanyeol : *shock* -nama anda –ah! *mengeluh*

Beberapa minggu sejak kejadian itu, anda tidak menjawab panggilan dari sesiapa pon. Anda mengurungkan diri di dalam bilik. Sehingga suatu hari anda mendapat satu pesanan suara dari omma anda.

Pesanan suara Omma : -nama anda –ah, kenapa tak angkat panggilan dari omma? Omma sangat risau tau tak. Lagi satu, omma nak bagitau tentang keadaan Chanyeol sekarang.  Tuttttutttttutt……
Y : Wae!?? Kenapa dengan oppa?

Selepas mendengar pesanan suara dari omma anda, anda terus menghubungi omma.
Y : Omma!
Omma : Yeoboseyo. –nama anda –ah!
Y : Wae? Omma! Kenapa dengan oppa?
Omma : Chanyeol –shii kena tikam.
Y : Mwo!!? *shock* omma? Jangan bergurau boleh?
Omma : Omma tak bergurau! Aunty sendiri telefon omma dan bagitau perkara ni. Dan dia dah berterus terang kenapa dia nak putuskan pertunangan dengan kamu. Sebenarnya, dia diugut oleh seseorang supaya putuskan pertunangan dengan kamu. Kalau tidak kamu akan dalam bahaya, dia terpaksa melakukan begitu sebab tak nak ape-2 terjadi kepada kamu.
Y : Wae omma! Wae!? Kenapa oppa tak bagitau perkara ni dekat saye? *nangis* Sekarang oppa dekat mane?
Omma : Chanyeol sekarang ada di Hospital. Dia masih tidak sedarkan diri.
Y : *matikan talian*

Anda bergegas ke hospital dan berjumpa dengan ibu bapa Chanyeol. Anda diberitahu yang Chanyeol sudah sedarkan diri dan sedang berehat di dalam bilik.

Y : *berlari ke katil Chanyeol* Oppa~ *menangis* *peluk Chanyeol* Wae, oppa! Kenape oppa tak terus terang dekat saye?
Chanyeol : Oppa taknak awak risau. –nama anda –ah, saranghae. *peluk anda* *kiss your  forehead*
Y : Oppa, mianhaeyo. Nado dangsin-eul saranghae. Mulai saat ni, janji dengan saye oppa takkan sembunyikan ape-2 dari saye. Oppa kena jujur! Get it!?
Chanyeol : Nae~ *smile**peluk anda*
Y : Hah! Oppa okay ke ni? Ade yang sakit? Nak saye tolong ape-2?
Chanyeol : Ermmm.. Ade! *keluarkan cincin* tolong pakai balik cincin ni. *sarungkan di jari anda*
Y : *smile* mianhae oppa. *peluk Chanyeol* Saye janji, saye tak akan tanggalkan cincin ni. * kiss Chanyeol cheek*

** The End **