Seorang perempuan yang berasal dari keluarga sederhana. Ayahnya cuma pemandu kepada keluarga besar Lee dan ibunya pula hanya pembantu di rumah keluarga besar Lee berani memarahi anak majikan kepada kedua ibu bapanya.
Tetapi Taemin tidak pernah mengetahui yang sebenarnya aku mendapat biasiswa dari Tuan Lee bapanya sendiri. Dia hanya tau aku dari keluarga sederhana yang mendapat simpati dari pihak sekolah dan akhirnya mendapat biasiswa di sini.
“Haishh. Aku pantang betul lah ada orang panggil aku macam tu. Woi perempuan, sedarkan diri kau tu. Kau ingat kau siapa dekat sekolah ni? Kau masuk sekolah ni pun sebab kau dapat biasiswa. Kalau tidak, kau takkan dapat merasai masuk sekolah Elit ni tau tak!” Kata Taemin sewaktu mendekati aku.
“Pantang? Huh! Tak payah nak pantang sangat lah. Wey, apa yang kau cakap dekat budak-budak sekolah pasal aku? Aku sedar siapa aku. Tapi jangan disebabkan ini sekolah milik keluarga kau, kau boleh buat sesuka hati kau.” Kata aku kasar.
Tak sampai sebulan aku masuk ke sekolah itu, aku telah mendapat gelaran ‘Princess of Dance’ di pertandingan tarian yang setiap tahun Kirin High School anjurkan. Pada awalnya memang aku tak percaya sebab aku baru sahaja masuk ke sekolah itu. Tetapi mungkin sudah rezeki aku, aku telah dapat gelaran tersebut dan yang aku tak sangkanya lagi, Lee Taemin yang memang terkenal dengan tarian-tariannya yang hebat telah kalah dengan aku.
Tiba-tiba Taemin sudah mengangkat tangannya untuk menampar pipi aku. Tetapi dihalang oleh sahabatnya Minho.
“Hoi Taemin! kau ingat, dia tu perempuan. Bukan lelaki yang sedap kau je nak guna kekerasan. Kau juga kata, kau benci dengan lelaki yang selalu menggunakan kekerasan terhadap perempuan.” Bisik Minho cuba untuk menasihati Taemin.
“Nasib baik kau ni perempuan! Kalau kau spesis dengan aku, memang tak selamat kau. Kali ni memang kau terlepas.”Kata Taemin lalu pergi meninggalkan aku dan sahabat aku. Aku terpinga-pinga. Kenapa dengan dia sebenarnya?
…………………………………………………
Perkara tadi masih lagi berlegar di dalam kotak fikiran aku. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku benci sangat dengan Hyo Yeon? Apa mungkin sebab dia dah merebut gelaran aku sebagai ‘Prince of Dancer’? tak mungkinlah. Hyo Yeon tu Cuma anak kepada pembantu di rumah aku je. Tapi aku tak sangka yang dia berani memarahi aku depan budak-budak sekolah. Aku hanya berjalan mengikut langkah kaki sehingga aku tidak tau sejak bila aku tiba di bilik latihan M Six (M6) milik aku dan kawan-kawan aku.
Taemin dibesarkan dalam keluarga yang berada. Sejak kematian ibunya, dia hanya duduk bersendirian di rumah dan di temani oleh pembantu-pembantu rumah. Ayahnya sibuk berkerja mencari. Hanya setahun sekali sahaja ayahnya pulang ke rumah untuk berjumpa dengannya. Kakaknya sudah tamat sekolah dan sekarang melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang seni mempertahankan diri. Di sekolah dia memang terkenal kerana beberapa hal. Pertama, di sebabkan sekolah itu milik keluarganya. Kedua, ketampanan yang dimiliki oleh dirinya. Ketiga, dia terkenal dengan sikap pembuli. Setiap hari akan ada pelajar sekolah itu menjadi mangsa pembuliannya.
“Hoi! Termenung jauh nampak. Asal dengan kau?” tanya Min Woo yang baru sampai bersama Minho, Kwang Min, Jin Goo dan Joong Ki.
“Haishh.. Tak ada apa lah! Yang korang ni dari mana?” tanya Taemin untuk mengubah cerita.
“Tak payah nak ubah ceritalah. Kitorang dari lobi. Ingat nak cari kau. Tapi kata Jin Goo kau mesti ada dekat sini. Yelah, mana lagi tempat yang kau pergi selain bilik ni. Okey, berbalik dari cerita tadi. Asal dengan kau? Kenapa tiba-tiba Hyo Yeon marah-marah time nampak kau?” Joong Ki menjawab dan menyoal kembali.
“Entahlah minah tu. Datang haid kot. Tiba-tiba datang dekat aku marah-marah.” Gurau Taemin. Akhirnya terdengar gelak ketawa dari lima orang kawanya itu.
……………………………………………
“Hyo Yeon, kau okey ke tak? Cukuplah marah tu. Aku tak tau nak cakap apa lagi. Bukan kau tak kenal dengan Lee Taemin. Anak pemilik Kirin High School yang berlagak.” Kata IU.
“Yup. Aku sokong IU. Kau pon selalu nampak apa yang dia buat dekat budak sekolah setiap hari. Mesti akan ada kes buli.” Kata Suzy pula.
IU dan Suzy adalah sahabat aku sejak aku masuk sekolah ni. Walaupon mereka tau aku dari keluarga yang sederhana, mereka tetap berkawan dengan aku. Kata mereka, kalau nak berkawan tak perlu kira darjat. Mereka saja yang selalu ada sewaktu aku susah dan senang. Mereka juga yang suruh aku masuk battle dance yang sekolah anjurkan.
“Tak ada apalah. Aku Cuma geram je dengan dia. Tak puas dia nak marah aku lepas battle dance semalam. Dikatanya aku ni main tipu. Pagi tadi aku nampak dekat papan notis yang ada tulis aku ni anak orang miskin yang tak sedar diri. Masuk sekolah ni cuma dapat simpati dari pihak sekolah.” Ujarku.
“Biasalah dia tu. Kau telan je apa yang dia cakap. Kau anggap semua yang dia cakap tu gula-gula yang manis. By The Way, kau jangan terlalu membenci dia. Karang tak pasal-pasal kau jatuh cinta dekat dia. Percayalah cakap aku.” Nasihat Suzy yang disulami dengan gurauan. IU yang duduk di sebelah hanya mengangguk.
“Ish! Tak mungkinlah aku nak jatuh cinta dengan mamat tu.” Aku menjerit kecil sewaktu mendengar apa yang Suzy cakap.
Setiap hari kalau aku terjumpa atau berselisih dengan Lee Taemin, aku akan bergaduh mulut dengannya. Sehingga pelajar di sekolah sudah terbiasa. Beberapa bulan berlalu dengan pantas.
………………………..
Tiba cuti musim panas. Tiada lagi kedengaran suara Taemin yang menjengkelkan. Tiada lagi pergaduhan antara aku dan dia. Tiada lagi nampak muka dia waktu tengah marah. Kadang-kadang aku merasa kehilangan. Haisshh.. Hyo Yeon, apa yang kau merepek ni? Daripada kau cakap pasal mamat tu, baik kau buat homework yang Puan Yuri kasi. Tak adalah kau kelam-kabut nanti.
……………………….
Kenapa aku asyik terfikirkan minah tu? Tiba-tiba aku rasa nak dengar dia marah, nak tengok dia menangis sebab aku, nak tengok muka dia yang tengah menahan marah. Woi Taemin, wake up! Kenapa kau jadi macam ni? Adakah ini namanya rindu? Adakah aku dah jatuh hati dekat dia? Haisshh, Taemin. Kenapa kau boleh jadi macam ni?
……………………...
Petang tadi aku dapat siapkan semua homework yang Puan Yuri berikan. Malam pula aku tak tau nak buat apa, hanya mampu melihat bintang-bintang di langit. Tiba-tiba aku nampak bintang yang tersusun seperti nama TAEMIN. Hyo Yeon, apa yang dah jadi dengan kau ni? Tak payahlah kau nak jadi macam tu sekali. Aku memukul perlahan kepala aku. Tiba-tiba ibu duduk di sebelah aku.
“Hyo Yeon, esok kamu boleh bantu ibu?” tanya Ibuku.
“Hurmm, bantu apa? Kalau Hyo Yeon boleh bantu, pasti Hyo Yeon bantu.” Kata aku.
“Ibu nak minta kamu tolong ibu jadi Baby sitter kepada anak Tuan Besar Lee selama cuti musim panas ni. Katanya dimana saja encik Taemin nak pergi, mesti ada yang harus teman dan Tuan Besar Lee minta kamu tolong. Tak lupa juga, Tuan Besar Lee minta kamu berpindah masuk ke rumah keluarga besar Lee. Dia tidak mahu kamu duduk di rumah seorang diri lagi.” Jelas ibu panjang lebar.
What! Selama cuti musim panas ni aku kena jaga Taemin? Whoahhh.. Aku tak nak. Tapi Tuan Besar Lee dah minta tolong dekat aku. Selama ni dia banyak tolong aku dan keluarga. Takkan aku nak hampakan dia. Tak apa Hyo Yeon, kau tolong demi Tuan Besar Lee saja.
Apa yang akan berlaku?
mampukah Hyo Yeon menjadi baby sitter kepada Taemin?
nantikan part yang seterusnya.. ;)
Character image;
![]() |
Hyo Yeon (Main Character) |
![]() |
Taemin (Main Character) |
![]() |
Min Ho |
![]() |
Kwang Min |
![]() |
Min Woo |
![]() |
Joong Ki |
![]() |
Jin Goo |
![]() |
IU |
![]() |
Suzy |
No comments:
Post a Comment